7 Fungsi lain Hand Sanitizer

0 Comments

Di era pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini, semua orang pasti akan menggunakan hand sanitizer. Ini kerana cecair pencuci tangan yang satu ini merupakan antara senjata utama untuk memerangi wabak virus korona baharu. Sesuai dengan namanya, ia sudah tentu akan digunakan pada tangan untuk membasmi kuman, bakteria atau virus. Namun tahukah anda sebenarnya terdapat banyak lagi fungsi hand sanitizer yang lain?

Apa sebenarnya hand sanitizer?

Untuk pengetahuan anda, hand sanitizer adalah sejenis cecair yang mengandungi alkohol bagi membasmi mikroorganisma. Mikroorganisma yang dimaksudkan di sini adalah kuman, bakteria dan virus menjadikannya sangat sesuai melawan jangkitan. Di era pandemik kini, orang ramai sering menggunakannya kerana ia adalah satu kaedah yang selesa dalam memastikan tangan tidak basah dek air dan sabun. Tambahan pula, ia juga boleh dibawa ke mana-mana dengan mudah serta dibeli di mana-mana cawangan farmasi, kedai runcit atau pasar raya. Adakah ia begitu berkesan? Ya, tahap keberkesanannya dalam membasmi mikroorganisma pada tangan adalah sekitar 80% ke 90%!

Hand sanitizer hanya untuk tangan?

Sesuai dengan namanya, maka sudah tentulah ia akan digunakan pada anggota tubuh badan yang ini secara khususnya. Pun begitu, kalian jangan terkejut jika kami kata yang sebenarnya ia telah banyak digunakan untuk tujuan yang lain. Berikut merupakan kegunaan hand sanitizer yang mungkin anda belum tahu:

(Peringatan: Ini hanya sekadar idea penggunaan dan tahap keberkesanan serta risikonya masih belum dapat dipastikan).

1. Digunakan sebagai pengganti deodoran
Deodoran adalah sejenis pewangi kulit bawah lengan dan berfungsi dengan cara membunuh bakteria penyebab bau busuk pada ketiak. Disebabkan itu, ada individu yang menggunakan cecair pencuci tangan ini sebagai pengganti deodoran untuk membunuh bakteria ini.

2. Digunakan sebagai penghilang jerawat
Cecair ini dipercayai mampu berfungsi sebagai penghilang jerawat kerana kononnya ia mampu menghentikan keradangan akibat bakteria pada pori. Selepas bakteria pada pori ini dibunuh, maka ada kepercayaan bahawa jerawat akan segera kering dan hilang selepas itu.

3. Pembersih make up
Mungkin ada dalam kalangan wanita yang agak malas untuk ke tandas atau sinki bagi membersihkan solekan di muka mereka. Disebabkan itu, ramai yang bertindak menggunakan cecair ini di muka untuk melunturkan lantas membersihkan segala solekan muka yang ada.

4. Melegakan kerengsaan gigitan serangga
Gigitan serangga kecil seperti nyamuk atau semut sudah pasti akan menyebabkan rasa gatal atau rasa sakit jika dibiarkan begitu sahaja. Oleh itu, ada individu yang menggunakan hand sanitizer pada kesan gigitan kerana mempercayai kandungan alkohol itu bersifat antiseptik.

5. Mensterilkan luka kecil pada kulit
Dipercayai bahawa cecair pencuci tangan dengan alkohol minimum 60% boleh membantu mensterilkan luka kecil pada kulit. Caranya adalah dengan menuangkan ia pada kapas dan sapukan serta tutupkan pada luka kecil tersebut selama beberapa saat.

6. Pengganti syampu
Syampu adalah sangat penting untuk membuat rambut tampak lebih tersusun dan berseri namun ia bukanlah satu-satunya cara bagi mencapai tujuan ini. Ada individu yang akan menggunakan cecair ini sebagai dry shampoo tanpa membasahkan langsung rambut dan hanya sisirkan ia dengan sikat.

7. Melegakan kesakitan akibat rambut tumbuh ke dalam
Selain digunakan sebagai syampu, hand sanitizer ini juga dipercayai sangat bagus untuk melegakan kesakitan akibat rambut tumbuh ke dalam. Kondisi ingrown hair ini adalah normal dan biasa terjadi, yang akan mengakibatkan rambut tumbuh ke dalam lalu menyakitkan kulit.

Wah, banyak bukan fungsinya? Namun ketahuilah bahawa fungsi-fungsi ini hanyalah sekadar idea yang dipraktikkan oleh orang lain di luar sana!

Di era pandemik ini juga, ramai yang telah memanfaatkan penggunaannya ke tahap maksimum sebagai cecair pencuci utama. Segala peralatan yang kita sentuh atau pakai seperti kaca mata, komputer riba, telefon pintar dan sebagainya juga telah disapu hand sanitizer oleh orang ramai. Adakah perbuatan ini normal? Sebenarnya, adalah tidak mengapa untuk menyapukan ia pada peralatan yang kita sentuh dengan tangan namun perlu berwaspada. Ketahuilah bahawa ia mungkin akan mudarat jika terkena pada mata atau tertelan dengan mulut!

Konklusinya, adalah tidak salah untuk anda menggunakannya namun sila lebih berhati-hati ya?

اترك تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *

arArabic