8 Teknik Marketing Menjimatkan Kos Perniagaan

0 Comments

Dalam melakukan pemasaran, anda perlu tahu apakah teknik marketing yang menjimatkan kos perniagaan anda.

Rugi jika anda fokus pada satu-satu teknik sahaja sedangkan ada banyak cara untuk anda dapatkan trafik atau jualan melalui pelbagai teknik marketing yang lain.

Ini admin nak kongsi 8 teknik marketing yang menjimatkan kos berdasarkan pengalaman admin sendiri :

#1 Content Marketing

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-02

Content Marketing ini besar, ia boleh jadi pelbagai berdasarkan aktiviti dan tanggungjawab yang berlainan bergantung pada struktur kandungan dan pemasaran anda.

Ia boleh jadi dalam bentuk artikel, audio, video dan sebagainya. Asalkan ia adalah isi kandungan yang boleh dipasarkan.

Apa yang anda sedang baca ini, ini salah satu daripada content marketing. Ia mampu memberikan “trust & authority” pada jenama anda.

Yang penting anda berkongsi sesuatu tips yang dapat memberikan manfaat kepada audien anda.

Pemasaran waktu ini telah beralih kepada content marketing. Jangan lepaskan peluang ini. Kalau anda dapat buat content menggunakan video dan podcast. Lebih menarik!

Kerana ia merupakan trend masa kini.

#2 Search Engine Optimization (SEO)

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-03

SEO adalah teknik dimana anda ingin dapatkan tempat pada page “Search Engine” seperti Google/Yahoo/etc.

Jika anda mahir dalam SEO, ia akan meletakkan laman web anda lebih atas dari berjuta laman web yang lain sebagai tindak balas kepada hasil carian yang audien lakukan.

Anda perlu mahir dalam SEO! Ia dapat memberikan anda FREE trafik kepada jenama anda yang datang daripada mereka yang mencari maklumat melalui “Search Engine”.

Contohnya anda jual produk kecantikan. Cuba anda search “Produk Putihkan Kulit Malaysia”. Lihat web siapa menjadi tempat pertama.

Bilangan search untuk keyword “produk putihkan kulit” ini kita boleh tahu berapa bilangan orang mencari keyword ini dalam masa sebulan menggunakan “google keyword planner”.

Kalau carian perkataan ini dalam 10,000 sehari dan website ada berada di No1 dalam page carian Google.

Bayangkan berapa banyak trafik anda dapat dalam masa sebulan secara PERCUMA? 300,000 !

Jika web anda mempunyai content yang bagus. Bayangkan berapa banyak SALES anda boleh buat daripada 300,000 trafik yang datang secara PERCUMA ni?

“Ala admin sembang lebih, pandai ke buat SEO” ? Malas nak sembang banyak. Cuba search keyword ni dekat google :

“kepentingan utama database”

Tengok web siapa No1. Haa nak belajar? Tak susah pun. Boleh PM nanti. Admin boleh ajarkan. Hee.

Pengguna internet biasanya cenderung untuk melawat website yang tertera di senarai paling atas sekali kerana mereka menganggap website tersebut paling releven dengan carian yang mereka lakukan.

Ini antara teknik marketing yang menjimatkan kos yang ramai bisnes founder amik remeh pasal strategi ini.

#3 Freebies Ebook Percuma

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-04
Ebook adalah singkatan bagi “electronic book”. Dalam bahasa Melayu, istilah ini bermaksud buku elektronik. Selalunya ia dalam bentuk pdf file.

Anda boleh hasilkan satu Ebook Percuma kepada audien yang lawat website/sosial media anda.

Contohnya anda jual tudung. Anda boleh buat satu Ebook yang bertajuk “10 Style Tutorial Tudung Lengkap Yang Hijabis Wajib Tahu”. Sebarkan Ebook ini kepada orang ramai.

Kenapa orang buat Ebook? Kalau anda perasan, before anda dapat Ebook tersebut. Apa yang mereka minta? Database? Haa tahu pun! Tu tujuannya.. mereka ambil DATABASE.

Kalau anda berikan Ebook Percuma juga, jangan la bagi kosong begitu sahaja.

Bagi yang ingin mendapatkan Ebook percuma yang anda buat tu, minta mereka untuk isi form (boleh buat menggunakan google form kalau takde website) untuk mereka isi nama, no tel, emel dan no telefon.

Lepas mereka masukkan baru anda berikan Ebook tersebut melalui emel.

Database yang anda dapat ini sangat powerful, kerana audiennya sangat-sangat targatted! Mereka takkan ambil ebook anda kalau mereka tidak berminat.

Pastikan kandungan ebook tersebut mestilah ada kena mengena dengan jenama anda. Jgn anda jual tudung, beri ebook percuma mcm mana nak kurus. Tak kena tu!

#4 Email Marketing

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-05
Emel marketing ni masih releven ke? YA MASIH.

Kalau tidak, mana mungkin jenama besar seperti Amazon, Lazada ataupun apa sahaja jenama yang dah established masih mengekalkan Emel Marketing sehingga hari ini di dalam pemasaran mereka.

Ia sangat powerful jika anda mahir menggunakannya. Tak susah pun emel marketing ni. Susah jika dari awal anda cakap “susahnya.

Admin pun sampai sekarang gunakan teknik emel marketing dalam pemasaran.

Pemasaran email adalah teknik pemasaran internet yang pantas, mudah dan paling menguntungkan berbanding dengan teknik promosi yang lain.

Admin selalu gunakan autoresponder ataupun mailchimp. Ada banyak lagi, anda boleh explorenya sendiri.

#5 Viral Marketing

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-06
Viral Marketing merupakan salah satu teknik pemasaran terhebat masa kini.

Viral marketing berfungsi dengan tersebar nya sesuatu produk dari seorang kepada orang lain kemudian begitulah seterusnya.

“Ala admin ni, tak tahu ke Viral ni tahan 2 atau 3 minggu je, ni mesti tak belajar dulu kan?”

Ya sabar tuan-tuan sekalian, viral yang admin beritahu ini bukan viral seperti yang anda sibuk buat arini. Buat video tik-tok atau lawak tidak berakal lepas tu up di page.

Ni terang-terang admin beritahu, teknik viral yang admin gunakan adalah teknik viral melalui platform UPVIRAL.COM.

Viral yang bagus adalah apabila jenama itu viral, anda dapat sekali DATABASE!

Ini yang perlu seorang usahawan lakukan harini. Jangan dibiarkan ianya VIRAL KOSONG. Paham ke paham?

Belajar menggunakan platform ni. Dia boleh buat contest atau unlock produk yg anda ingin beri (ebook/video/etc) dengan meminta seseorang untuk mengutip poin yang kita telah tetapkan.

Contohnya, kalau anda nak tawarkan Ebook Premium dari jenama anda, anda boleh set untuk dia unlock & dapatkan, dia kena collect 100 point.

Di mana mekanismanya, dia kena share “unik referral link” dia kepada 10 orang rakan. 1 rakan sign up bawah dia, dia dapat 10 point.

Sounds familiar? Macam MLM kan? haha. Tapi ini cara halal dan bijak dalam pemasaran.

Kat sini la cara paling efisien untuk anda collect database. Anda menggunakan audien tersebut sebagai pembantu kepada pemasaran anda. Jimat!

Di sini boleh juga dikatakan sebagai ‘Word of Mouth’. Dari mulut seseorang dan tersebar kepada orang lain pula, tapi melalui digital platform.

Jadi, sebab itu teknik viral marketing adalah sangat penting kepada pemilik bisnes pada hari ini.

Ia sangat mudah dan dapat menjimatkan masa serta wang jika dilaburkan untuk pengiklanan.

Yang penting, ia kena hadir dengan strategi. Pandai guna platform tapi tak tahu strategi pun tak guna.

Pastikan anda da susun strategi, baru execute pemasaran viral ini.

#6 Baucar Diskaun

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-07

Diskaun baucer ini memang sangat berkesan, lagi bagi mereka yang mempunyai website Ecommerce.

Anda boleh buat pop-up di website dengan memberikan baucer “FIRST TIME BUYER” dimana bagi mereka yang baru pertama kali membeli di website boleh dapat 20% potongan diskaun.

Bukan setakat anda dapat educate orang untuk membeli di website yang sememangnya bukan perkara mudah, malah anda juga dapat jualan dari mereka.

Yang paling penting, database mereka anda dapat. Anda boleh connect dengan mereka untuk tempoh masa yang panjang.

#7 Bayar Influencer / Blogger

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-08

Ini pun antara yang mampu menjimatkan kos pemasaran anda. Mungkin anda kata mahal, ada cara untuk dapat murah, ia mesti kena hadir dengan strategi.

Admin berpengalaman membayar influencer dengan cara yang jimat. Pertama cuba cari influencer yang baru dan mempunyai potensi yang tinggi.

Selalunya yang baru-baru ini harganya tidak mahal. Ataupun cuba negosiasi dengan win-win situation.

Contohnya anda memberikan mereka sponsor seama 6 bulan secara percuma atau berikan gift untuk mereka review.

Kalau blogger pula, walaupun ada blogger harganya mahal. Pastikan anda beritahu mereka untuk buat sekali SEO.

#8 Whatsapp Marketing

teknik-marketing-yang-mampu-menijmatkan-kos-perniagaan-anda-09

Whatsapp Marketing. Siapa harini yang ada smartphone, tetapi tiada Whatsapp? Anda boleh kira pakai jari.

Medium komunikasi seperti Whatsapp sangat berkesan untuk pemasaran harini terutamanya dalam Malaysia.

Teknik ‘limited time offer’ atau “short promotion campaign” sangat powerful untuk diguna sekali dalam pemasaran melalui Whatsapp.

Sebab apa? Kerana whatsapp adalah satu alat komunikasi yang direct kepada audien anda.

Contoh anda ada 5,000 orang existing pelanggan dan pada bulan ini anda ingin buat short promotion campaign yang berlangsung dalam masa 2 hari atau 7 hari,

buat Whatsapp blasting kepada 5,000 orang database ini melalui Whatsapp! Kerana ianya sampai terus kepada audien tersebut.

Dia sangat cepat, efisien dan tinggi open ratenya. Siapa yang dikalangan kita yang kalau whatsapp masuk, dia tak bukak langsung macam emel. Ada tak?

Mesti anda bukak kan? Dalam teknik ini yang paling penting, existing database itu genuine/asli. Bukan anda ambil dari entah mana-mana, conversionnya akan gagal.

Bila orang kenal anda, baru mereka akan bukak. Yang tak bukak bila anda hantar kepada orang yang tak kenaljenama anda.

Sebab itu saya tegaskan blast kepada “Existing Database”.

[Baca Juga : Kelebihan Whatsapp Marketing]

Yang selalu gunakan teknik Whatsapp Marketing ini adalah untuk tujuan mahu meningkatkan belian ulangan (repeat order)​ untuk setiap pelanggan.

Mereka mahu tingkatkan ​”average spend per customer” kepada brand mereka.

ramai yang berjaya

Kuncinya adalah letakkan sense of urgency yang tinggi + genuine database.

Beliau mempunyai database yang tak lah begitu banyak, dalam linkungan 2-3 ribu database sahaja.

Team close sales je kena semangat wajar semasa blasting ini berlaku!

arArabic