Tip-tip Cuci Enjin Kereta

0 Comments

Ramai yg tak menghiraukan kebersihan enjin bay (pasal tak nampak dalaman kot)tapi lebih menitikberatkan kepada kebersihan dan pandangan luar kereta sahaja. Kalau tengok dari luar kereta bukan main berkilat, tapi kalu buka enjin bay, mak datuk teruk.. Enjin kereta berkarat berselaput tebal minyak dan menyebabkan enjin kelihatan kotor tambahan pula apabila debu dan pasir sudah melekat disekitar kawasan lelehan minyak ataupun selalunya kereta langgar lopak air dan terpercik masuk dalam bay enjin..

Carwash?.. dont ever trust them
Selalunya Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta dan bayar antara RM20. Mat bangla ajerr yang basuhhh kereta korang….Dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.
kalau hantar kat car wash, Dorang confiden je cuci selambe jek tembak ngan air..siap cuci je,wiring radiator fan short,Tak pasal-pasal overheat atau lebih teruk lagi start enjin terus tak hidup..kalau kat carwash tu,diorg ade sejenis liquid macam asid la,khas untuk tanggalkan kotoran kat besi je,kalau kene plastik part,boleh lusuh warna kereta…
_______________________________
Detergent untuk cuci Enjin kereta
Untuk kebaikan korang…Lagi puas hati basuh sendiri bukan setakat jimat duit, kira exercise jugak… Cuma basuh sendiri ni menguji tahap kesabaran koranglah yerr…

Jadi Kami Juga Pembekal utama untuk segala jenis pencuci & mesin2 kebersihan :

Tip Cuci Enjin Kereta
_______________________________
1) First…. Kalau cuci enjin kita akan tutup/ cover part-part sensetif enjin dulu dengan plastik.. Bungkus elok-elok seperti :- fius box,bateri, sensor2, distributor,carberator, Altenator, plug coil, injector dan open air flow dengan plastik, cover enjin tempat plag tuh lapik dengan surat khabar lama atau tutup ngan alumunium foil pun boleh. tutup rapat-rapat supaya air tak masuk dalam lubang spark plug.

http://1.bp.blogspot.com/-FpS2hFd7M5E/ThyfdWU9F3I/AAAAAAAAMv0/icof37imOWM/s400/4.bmp

Jaga parts yang ada fungsi elektrik dan elektronik…Kalau keta baru selalunya tahan percikan air.. kalau nak tembak air jangan lah pasang tekanan air kuat-kuat.. agak-agak la mane tempat bleh tembak,mane tak leh…

2) Sediakan peralatan basuh seperti Sabun, berus, Baldi, Span, kain buruk dan botol spray..
Kalau ada semua senang lah nak basuh celah celah enjin yang sempit

Petua nak basuh minyak yang melekit kat enjin:
Ambik minyak diesel, minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke +(campur) sikit serbuk cuci pakaian dan gaulkan… pastu tenyeh dan sental kat tempat minyak melekat tu sampai bersih dengan berus….Tapi lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih…

3) Boleh guna botol spray isi air sabun + (campur) sikit minyak petrol, minyak diesel atau minyak tanah ke… pastu spraykan kat celah enjin bay.. kalau guna takat guna sabun ajerr susah jugak nak tanggalkan kesan minyak yang melekat… cuma lepas tu kena bilas dengan air lah bersih-bersih macam aku cakap lahh.
Gosok-gosok pakai kain buruk kat celah-celah dinding enjin bay.. atau kalau stail jenis malas amik kain celup ngan air sabun, lap-lap mana-mana yang patut ajer….

4) Atau boleh ambik berus cat celup air sabun tu kemudian tonyoh la pada bahagian celah enjin bay… kemudian siram dengan air…

5) Boleh gak amik berus gigi , celup ngan air sabun, gosok pada celah dinding atau part-part yang sukar untuk dicuci dalam enjin bay…

6) Kalau susah nak tanggal kotoran tu..boleh sental dengan guna berus pada kawasan degil , lagi satu guna berus periuk tapi jangan sental kuat-kuat sangat nanti calar pulak

7) Kalau boleh basuhan pertama, lalukan dengan air sahaja (nak bagi basah)
basuhan kedua,gunakan span la dengan sabun (sentallah mana-mana bahagian yang kotor) basuhan ketiga,Bilas dengan lalukan dengan air untuk hilangkan sabun…

Perlu di ingat… jangan pancut/ tembak air dari tepi atau berhadapan…
Kalau nak siram hanya sekadar lalukan air dari arah atas ke bawah dengan kadar tekanan air yang agak perlahan…

8) Gunakan air Air Blow Gun Duster ( sembur kat celah celah enjin) untuk mengeringkan air.. Atau kalau tak ada kalau ada kipas berdiri, pasang maksimum, halakan ke enjin…
kaedah ni juga dapat keringkan air dengan cepat, sambil nak tunggu enjin tu kering tu, bolehlah lap bahagian badan kereta, vakum kereta, basuh tayar ke…air pun kering dengan cepat..Kalau tak ada jugak kipas angin… buka luas-luas bonet enjin jemur tengah panas terik…

9)Bila bahagian enjin dah betul-betul kering.
bolehlah spray dengan silikon spray kat bahagian-bahagian tertentu untuk naikkan seri enjin tu…

اترك تعليقاً

لن يتم نشر عنوان بريدك الإلكتروني. الحقول الإلزامية مشار إليها بـ *

arArabic