Dengan menggunakan barang-barang yang dah sedia ada dalam rumah seperti serbuk penaik, cuka putih, dan lemon, anda boleh memastikan rumah sentiasa bersih dan bau segar! Tiada perasaan yang lebih membahagiakan daripada melihat rumah bersih tanpa sebarang habuk. Kalau nyamuk mendarat atas lantai pun pasti tergelincir! Sebab itulah bagi sesetengah rakyat marhaen, bawah sinki dia penuh dengan barang-barang pencuci. Kalau takde Clorox sebotol, Harpic sebotol, tak tenteram jiwa. Masalahnya, kita ada macam-macam jenis kotoran. Kalau anda nak beli produk yang spesifik bagi setiap keadaan, anda akan habiskan lebih banyak duit daripada yang sepatutnya. Jadi dalam artikel ini, kami akan terangkan petua-petua untuk bersihkan rumah menggunakan barang-barang yang dah sedia ada dalam rumah. Kebanyakan barang-barang yang kami sebut di bawah boleh didapatkan dari kedai runcit kat kawasan rumah anda (sokong ekonomi tempatan!), tapi kami senaraikan juga harga yang kami jumpa di Tesco Online buat rujukan: Serbuk penaik (baking soda): Arm & Hammer Pure Baking Soda 454g pada harga RM6.90 Cuka putih: S&W Premium Distilled White Vinegar 473ml pada harga RM6.59 Lemon: Dijual pada harga RM0.99 sebiji Kain microfibre: 2 helai kain microfibre Tesco pada harga RM7.90 Lint roller: FRONT 3-In-1 Lint Roller dengan refill pada harga RM6.13 1) Bersihkan aliran sinki dengan serbuk penaik dan cuka 2) Bersihkan kepala shower guna cuka 3) Bersihkan barang-barang kaca guna air dan cuka 4) Buang bau daripada kasut, sofa, tilam, dan sebagainya guna serbuk penaik 5) Bersihkan baju dan perabot daripada bulu kucing 6) Cuci cutting board dengan lemon dan garam 7) Bersihkan kipas siling dengan sarung bantal 8) Bersihkan contengan daripada dinding 9) Cuci dan buang bau daripada microwave 10) Bersihkan span guna microwave Kalau anda guna span untuk bersihkan pinggan mangkuk, nak guna apa untuk bersihkan si span itu pulak? Sebenarnya, bila anda biarkan span dalam keadaan lembap, ia boleh mengumpul bakteria dengan mudah. Bau yang datang kemudian pun taklah menyenangkan sangat! Cara untuk mengelakkan perkara ini mudah sahaja, letak span tersebut dalam semangkuk air dan microwave untuk seminit, supaya dapat membunuh sehingga 99.9% daripada kuman tersebut.

By ikleens

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Enable Notifications    OK No thanks