Cara Untuk Jimat Guna Pencuci Serbaguna

0 Comments

Terdapat berbagai-bagai jenis sabun pencuci terdapat dalam pasaran pada zaman sekarang ini dan kita sebagai pengguna hendaklah bijak untuk memilih apa yang bagus untyuk setiap sen yang kita belanjakan. Ada yang terlampau murah sehinggakan tidak berapa berkesan menanggalkan kotoran degil. Ada yang terlampau mahal tetapi amat berkesan menanggalkan kotoran degil seperti kesan minyak gris atau kesan iodin. Cara yang paling ramai orang buat ialah menggunakan sabun pencuci baju untuk pelbagai kegunaan seisi rumah. Hakikatnya, sabun pencuci baju ini tidaklah berapa kuat untuk menanggalkan kotoran yang degil dan memerlukan cucian berkali-kali untuk menghilangkan kesan kotoran yang degil.

Kebanyakan kita berbelanja di pasar raya yang menawarkan berbagai-bagai sabun pencuci serbaguna untuk kegunaan harian. Ada juga jenis pencuci yang dikeluarkan hanya untuk kegunaan yang tertentu seperti untuk periuk aluminium sahaja, atau untuk kegunaan membersihkan kesan kotoran dari bekas pembakar gril sahaja, atau untuk membersihkan cermin sahaja, ada juga hanya untuk menghilangkan kesan kotoran minyak hitam pada bahagian enjen dan yang paling kuat sekali adalah untuk menghilangkan kesan tar.

Pada halaman kali ini, saya hanya tumpukan untuk bagaimana kita boleh berjimat menggunakan sabun pencuci serbaguna yang mahal dan berkesan untuk mencuci bahagian lantai rumah yang bermozek atau bertail. Selalunya sabun pencuci jenis ini dijual dalam bekas 500ml yang mudah digunakan kerana diisi dalam bekas pemancit. Jadi, sekiranya kita pancit seluruh lantai bahagian dapur kita, kemungkinan besar habis setengah botol sabun pencuci itu akan digunakan untuk saiz dapur berukuran sederhana. TAK BERBALOI untuk digunakan bagi mencuci lantai yang agak luas.

Di bawah adalah kaedah yang saya gunakan untuk mengurangkan penggunaan sabun pencuci yang mahal untuk mencuci lantai rumah.

Langkah 1 :

Mula-mula bancuh sabun biasa sahaja di dalam baldi pengemop lantai dan mula membasahkan dahulu semua bahagian lantai dengan mop.

Langkah 2 :

Balik semula kebahagian yang mula-mula dibasahkan dengan air sabun itu dan mula mengemop dengan lebih kuat.

Langkah 3 :

Bilas dengan air bersih dan biarkan lantai kering.

Langkah 4 :

Periksa bahagian lantai yang sudah dibersihkan itu untuk tanda-tanda kotoran yang masih terlekat dan pancitkan dengan sabun pencuci yang mahal & berkualiti pula. Biarkan seketika.

Langkah 5 :

Mula menyental menggunakan span kasar. Lapkan dengan kain yang lembab beberapa kali sehingga kesan sabun hilang dan biarkan kering.

Inilah kesannya….!!!


Sekarang lantai pun dah bersih dan hanya menggunakan beberapa pancitan sahaja sabun pencuci yang mahal & berkualiti ini untuk membersihkan lantai. Masih ada banyak lagi untuk digunakan bagi tujuan pembersihan yang lain.

“Ia Sangat Menjimatkan…!!!”

Selamat Mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish (United States)