BAGAIMANA BUAT PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH?

Uncategorized

BAGAIMANA BUAT PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH?

Anda ingin tahu tentang cara menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal rendah?

 

Sekiranya anda bercadang untuk buat produk sendiri, inilah artikel yang anda patut baca sampai habis.

 

Teruskan membaca.

 

Apa Itu Produk Jenama Sendiri?

Produk jenama sendiri adalah produk yang dihasilkan daripada kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) dengan kandungan yang tertentu mengikut kehendak pelanggan (founder produk). 

Ia kemudian dipasarkan dengan jenama milik pelanggan tersebut.

Mereka yang ingin menghasilkan produk sendiri hanya perlu menyediakan modal permulaan dan memilih jenis-jenis produk yang dihasilkan oleh kilang produk jenama sendiri (produk kecantikan, kosmetik, supplemen dan sebagainya).

Pihak kilang akan mengeluarkan produk berdasarkan kuantiti order minima (minimum order quantity) yang dimahukan oleh pelanggan. 

Pelanggan (founder produk) kemudian akan memasarkan produk kepada pelanggan mereka menerusi ejen jualan atau secara langsung.

Ini merupakan kaedah yang diminati ramai kerana anda tidak perlu memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan produk; anda cuma perlu menyediakan modal sahaja untuk buat produk.

Produk Jenama Sendiri

Modal Untuk Buat Produk Jenama Sendiri

Modal permulaan adalah bergantung kepada jenis produk yang anda ingin pasarkan.

Bagi yang baru bermula, modal adalah rendah dan kuantiti order minima juga sedikit.

Tujuannya supaya anda boleh ‘test market’ terlebih dahulu sebelum anda order dalam kuantiti yang besar.

Bagi kebanyakan produk, modal yang anda perlu hanya dari RM3,000 ke RM5,000. Ini merupakan jumlah modal yang mampu disediakan oleh founder produk.

Ini akan menjimatkan duit anda banyak kerana anda tidak perlu risau cara untuk penghasilan dan pembungkusan produk.

Tugas anda cuma memasarkan produk sahaja.

Namun, bagi produk supplemen dan produk kecantikan, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Ini kerana terdapat beberapa peraturan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti dakwaan produk yang boleh mengubati penyakit tertentu. 

Ia perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada KKM sebelum boleh dipasarkan.

 

Tips Untuk Menjadi Founder Produk Yang Berjaya

Produk Jenama Sendiri

Terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda memilih untuk berjaya dengan menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal yang rendah.

 

 

1. Mempunyai Strategi Pemasaran Yang Berkesan

 

Sebelum anda memilih produk anda, adalah lebih elok untuk merancang cara bagaimana cara untuk memasarkan produk anda. 

Ini kerana setiap produk mempunyai pelanggan sasaran yang berbeza. Contohnya, jika anda memilih untuk menjual produk kecantikan, sudah tentu ia akan ditujukan kepada perempuan.

Oleh itu, anda perlu memikirkan cara terbaik untuk menyasarkan produk anda kepada kepada bakal pelanggan anda. 

Secara amnya, kebanyakan founder produk akan memilih medium pemasaran online kerana ianya murah dan mudah disasarkan kepada pelanggan.

 

 

2. Pastikan Produk Dihasilkan Daripada Kilang OEM Malaysia Yang Bertaraf GMP

 

Kilang OEM bermaksud “Original Equipment Manufacturer” di mana kilang itu menghasilkan produk untuk syarikat lain.

Kilang yang menghasilkan produk anda juga perlu bertaraf GMP iaitu “Good Manufacturing Practice”

Ini bermaksud kilang itu sangat konsisten dan menjaga kualiti, sesuai dengan kegunaan yang diingini mengikut spesifikasi produk tersebut. 

Dengan ini, anda tidak perlu risau tentang kualiti produk anda.

 

 

3. Mempunyai Strategi Pemasaran Online

 

Walaupun kita tidak boleh mengendahkan medium pemasaran tradisional, anda juga perlu menggunakan pemasaran online untuk memantapkan pemasaran produk anda.

Ini kerana berjuta-juta rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Jadi  gunakan peluang ini untuk memasarkan produk kepada mereka.

 

Di Mana Nak Buat Produk Jenama Sendiri?

Produk Jenama Sendiri

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan peluang untuk mereka yang ingin menghasilkan produk sendiri dengan modal rendah. 

Bagi yang berminat untuk menghasilkan jenama sendiri dengan produk kesihatan dan kecantikan, Formulab Industry adalah pilihan yang tepat.

Anda juga tidak perlu keluarkan modal yang tinggi untuk buat produk dengan Formulab. 

Di antara produk yang anda boleh pilih adalah:

 

  • Supplemen & Nutrisi Tenaga
  • Kosmetik & Kecantikan
  • Formulasi & Jus Minuman
  • Farmaseutikal & Pil Kesihatan

 

Variasi produk ini sangat bagus jika anda bercadang untuk membina empayar bisnes sendiri dengan menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal rendah.

Kesimpulannya, menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal rendah merupakan cara yang terbaik untuk memulakan perniagaan sendiri.

Impian anda memiliki produk sendiri bakal menjadi kenyataan sekiranya anda memilih kilang produk jenama sendiri yang bersesuaian dengan kehendak anda.

 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Formulab

 

Berikut adalah beberapa kelebihan memilih Formulab:

 

  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Reka Design Kotak
  • Rundingan Pemasaran
  • Kos Pembuatan Murah
  • Moq Yang Rendah
  • Pengurusan Pendaftaran KKM dan Halal diuruskan oleh Formulab

 

Faktor-faktor ini sangat bagus untuk anda jika mahu menghasilkan produk jenama sendiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi IKLEENS hari ini.

7 Tips Rahsia Founder Buat Produk Sendiri Edisi 2024-2026

Nak buat produk sendiri? Nak jadi founder atau pengasas produk yang berjaya? Tak mustahil anda boleh menggapai impian itu. Lihat sahaja Khairul Aming yang terkenal dengan Sambal Nyet Berapi, Rozita Ibrahim yang merupakan pengasas produk Sendayu Tinggi.

Malah, anda juga pasti pernah mendengar tentang susu kambing jenama Irfan. Ia dihasilkan oleh syarikat bumiputera, Saiful Azlan Ramli. Bagi peminat pelbagai jenis kek yang lazat, daging kambing dan biskut, produk Mamasab pasti dekat di hati. Pengasasnya ialah Siti Sabrina.

Kalau nak disenaraikan, ramai lagi usahawan yang berjaya menghasilkan produk sendiri yang berkualiti dan mendapat sambutan ramai. Produk-produk tersebut berupa makanan dan minuman, pakaian, kosmetik dan kecantikan, kesihatan dan sebagainya. Kebanyakan mereka tak menjadi founder yang berjaya dalam sekelip mata. Mereka bermula dari bawah, sehingga ada yang telah menjadi jutawan dan ikon perniagaan.

Oleh itu, dalam artikel ini, penulis akan kongsikan 7 tips buat produk sendiri edisi 2024-26. Sebelum itu, mari kita fahamkan dulu maksud produk sendiri. Teruskan pembacaan anda.

Maksud Produk Sendiri

Produk sendiri bermaksud idea mutlak pengasas dalam menghasilkan sesuatu sama ada dalam bentuk barangan atau servis. Tujuan menghasilkan produk atau servis ini ialah demi memenuhi keperluan pengguna dari pelbagai aspek. Misalnya, jika anda penggemar sambal hitam tetapi nak buatnya sendiri bukan mudah. Cara paling mudah beli sahaja sambal hitam jenama Tokey yang cukup terkenal melalui platform online, kedai atau agen.

Biasanya produk atau servis tersebut belum pernah dihasilkan oleh orang lain. Ia juga mungkin penambaikan dari yang sedia ada di pasaran untuk memberi pilihan yang pelbagai atau menunjukkan ciri-ciri unik founder. Biasanya, produk sendiri ini membawa imej korporat founder yang mungkin idea rekaan sendiri, warisan keluarga, hasil kajian dan sebagainya.

Sebagai bakal founder, ada 7 tips penting yang perlu anda ikut jika hendak berjaya, iaitu:


  1. Pemilihan produk

Jika sudah bercita-cita menjadi founder, tentu sudah ada idea produk atau servis yang ingin anda hasilkan. Mungkin sambal tempe, minyak wangi, biskut keju, produk hilangkan jeragat, tudung labuh, abaya dan sebagainya.

Jika masih ragu-ragu, terdapat cara lain untuk pilih produk. Anda boleh hasilkan produk yang sedang viral dengan cara tambahkan identiti unik anda. Mungkin anda boleh hasilkan produk khusus untuk 1 golongan sahaja. Misalnya membuat pes makanan bayi dengan pelbagai jenis pilihan yang sihat tanpa garam, gula dan perasa tambahan. Anda juga boleh hasilkan produk yang semua orang boleh gunakan misalnya ubat gigi perisa pandan atau sabun badan dari minyak zaitun.

Anda juga boleh dapatkan servis daripada pereka jenama atau web designer tentang produk yang hendak dijual. Mereka akan membuat penyelidikan tentang pelanggan sasaran, pesaing dan sebagainya. Jadi, anda akan lebih berkeyakinan untuk keluarkan produk tersebut.


  1. Reka bentuk dan pembungkusan

Selain ramuan, resepi dan bahan dalam produk, anda juga perlu berbincang dengan pihak kilang tentang reka bentuk produk, warna, material dan jenis pembungkusan. Anda perlu kreatif dan inovatif dalam menghasilkan reka bentuk yang kemas, mudah, praktikal dan nampak menarik.

Jika perlu, anda boleh mengupah pereka grafik atau web designer untuk menghasilkan visual yang lebih menarik. Mereka lebih berpengalaman dalam aspek reka bentuk dan pembungkusan yang sesuai untuk setiap produk. Pandangan pertama pelanggan terhadap pembungkusan produk anda itu sangat penting untuk mewujudkan keyakinan mereka.


  1. Pemilihan kilang

Pastikan anda membuat kajian terlebih dahulu tentang kilang yang akan mengeluarkan dan memasarkan produk anda. Caranya ialah melalui carian di internet tentang kilang yang menghasilkan produk anda nanti. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika pemilihan kilang, iaitu:

  • Berapa kuantiti minimum dan maksimum produk yang boleh dikeluarkan?
  • Jangkamasa siapkan produk dari awal hingga akhir
  • Kos produk
  • Risiko dan cara pihak kilang atasi masalah tersebut

Jika tak yakin untuk mencari sendiri kilang, gunakan khidmat web designer.


  1. Idea dan kuantiti

Setelah anda sudah tetapkan produk, nyatakan kepada pihak kilang secara spesifik tentang resepi, ramuan, sukatan dan sebagainya. Anda perlu pastikan rasa dan kualiti produk sendiri tak lari walaupun kilang menghasilkannya dalam skala yang besar. Jangan berkompromi dengan kualiti walaupun hanya sedikit.

Ada kilang yang menetapkan kuantiti minimum dalam penghasilan produk. Oleh itu, jika kuantiti minimum kilang yang dipilih ialah 1,000 buah, pastikan anda merancang strategi pemasaran. Jika produk anda itu benar-benar bagus, percayalah pasti ia akan laku dan habis sekelip mata.


  1. Prototaip dan sampel

Pengeluaran produk kali pertama secara prototaip, anda boleh memberikan produk anda itu secara sampel kepada rakan-rakan, ahli keluarga atau hebahan di media sosial. Dapatkan maklum balas daripada mereka untuk proses penambahbaikan. Maklumkan kepada pihak kilang sebelum kuantiti skala besar dihasilkan untuk dijualdi pasaran.


  1. Pensijilan dan dokumentasi

Apabila menjadi founder, perkara paling penting yang perlu diberi perhatian ialah urusan pensijilan hakcipta. Hakcipta produk anda perlu didaftarkan. Dalam proses ini, sediakan perjanjian kerahsiaan Non-Disclosure Agreement (NDA) di antara pihak anda dan kilang. Tujuannya untuk menghalang pihak kilang membekalkan produk yang sama (hakcipta anda sendiri) kepada pesaing perniagaan.


  1. Penghantaran produk

Pastikan anda telah memaklumkan dan berbincang dengan pihak kilang tentang penghantaran produk ke premis perniagaan anda. Selain itu, pastikan juga mereka menepati jadual penghantaran yang telah ditetapkan sama ada harian atau mingguan. Jangan biarkan stok kehabisan dalam jangka waktu yang lama.

Sentiasa semak tarikh luput, kualiti isi, pembungkusan dan kuantiti produk setiap kali menerima produk. Anda sebagai founder produk sendiri, perlulah tegas agar produk anda itu tidak rosak dan cacat.

Akhir kata, nak jadi seorang founder memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang produk, pasaran, pengguna, risiko dan sebagainya. Namun, jangan risau. Untuk menghasilkan produk sendiri tidaklah sesukar mana. Yang paling penting sentiasa pantau kilang, kualiti produk, perubahan citarasa pengguna dan reka bentuk. Selamat maju jaya.

Kaedah kaedah untuk menjadi Founder Produk melalui Kilang OEM Malaysia , Sabah , Sarawak

Jika anda telah bertahun-tahun berniaga, tidak kisah anda dari mulakan dari bisnes apa sekalipun, pernah tak anda terdetik dan terfikir, macam mana cara untuk jadi Founder Produk melalui Kilang OEM Malaysia, Sabah , Sarawak?

Di dalam topik menarik ini, kami dari IKLEENS Manufacturer, Kilang OEM Malaysia, Sabah, Sarawak akan bantu guide anda cara untuk jadi founder produk melalui Kilang OEM Malaysia, Sabah , Sarawak dan langkah-langkah yang perlu anda untuk menjadi Founder Berjaya.

Cara Untuk Jadi Founder Produk – Perkara Yang Perlu Anda Lakukan.

Untuk menjadi founder kepada sesuatu produk, terutamanya jika produk itu adalah produk baharu di pasaran, belum dikenali atau didengari oleh masyarakat tempatan ataupun luar negara, anda mestilah punyai strategi supaya kelak bila produk telah dihasilkan, anda boleh terus laris jual di pasaran tanpa sebarang masalah. Berikut kami sediakan 5 langkah utama yang anda boleh ikuti sebagai cara untuk jadi founder produk melalui Kilang OEM Malaysia, Sabah , Sarawak. Jangan tergesa-gesa nak siapkan produk , produk mestilah dihasilkan dari Kilang OEM Malaysia yang bertaraf GMP

Founder Produk OEM mestilah punyai strategi pemasaran yang kukuh.

marketing strategy - Halal OEM Manufacturer

Jika anda sebelum ini pernah menjadi seorang dropship/stokis atau agen kepada mana-mana produk tidak kisah samada produk itu produk kesihatan ataupun kecantikan, kami yakin anda tahu sedikit sebanyak mengenai pemasaran.

Tetapi untuk capai menjadi Founder Produk OEM yang Berjaya, anda perlukan lebih dari itu. Strategi pemasaran ini merangkumi beberapa sistem. Sistem ini perlu difahami, diteliti dan perlu digunakan untuk kelangsungan perniagaan.

Punyai Strategi Pemasaran Online Melalui Platform Laman Web

marketing online - Halal OEM Manufacturer

Jika sebelum ini anda promote di fb page atau di Instagram, anda perlu tahu, bahawa laman web membantu CLOSE SALE dengan lebih mudah. Laman Web membantu anda berbagai cara seperti :

  • Menceritakan produk anda tanpa henti 24 jam kepada pelawat / pembeli / lead anda
  • Tolong close sale secara automatik
  • Anda tidak perlu nak kutip database mereka seperti nama, alamat dan no telefon, laman web akan tolong selesaikan perkara ini ketika pembelian berlaku
  • Sistem Pembayaran Online menggunakan FPX Payment
  • Jika anda nak bina stokis/agen dan nak mereka order dalam kuantiti banyak, order terus di website.
  • Anda boleh buat sistem affiliate dari website yang sekaligus membuatkan jualan produk anda lebih laju disamping membantu agen affiliate tambah pendapatan

Jika anda tidak punyai kepakaran bina laman web, boleh dapatkan khidmat

https://www.wasap.my/601160562566/website

Automasi di Media Sosial Menggunakan BOT

media sosial - Halal OEM Manufacturer

BOT adalah satu istilah dari perkataan ROBOT yang membantu kita menguruskan pertanyaan mengenai produk di media sosial. Jika anda telah melancarkan beberapa kempen di media social untuk tujuan seperti

  • Penjenamaan
  • Promosi
  • Hebahan
  • Mencari Agen / Stokis / Dropship
  • Nak kumpul database pelanggan

Anda perlukan bot ini untuk bantu anda. Bayangkan jika anda buat 5 kempen berbeza di media social, anda akan dapat pertanyaan bertalu-talu di messenger, di ruangan komen yang perlu dijawab dengan segera. Jika lewat, lead anda akan hilang minat untuk dapatkan produk anda atau terus tolak ketepi kerana terlalu lama menunggu. Oleh itu BOT adalah automasi yang amat diperlukan untuk bantu anda dalam perniagaan ATAU anda boleh hire dua atau tiga orang admin untuk balas semua mesej dan komen. Kos itu amat besar jika anda adalah kali pertama menjadi founder produk.

method marketing - Halal OEM Manufacturer

Satu statistik menujukkan bahawa 80 peratus pengguna di Malaysia menggunakan Google untuk selesaikan masalah mereka. Seperti contoh “ En. Ali ingin menguruskan badan. Ia buka Google dan terus taip “ cara untuk kuruskan badan “ . En Ali jumpa Website produk kurus . com . En Ali beli produk di website tersebut “

Website yang mudah dijumpai meningkatkan kadar conversion sales. Dalam setiap 100 pelawat, peratus conversion normal adalah sebanyak 3-8 peratus. Dalam kata lain, setiap 100 orang, 3 ke 8 orang akan membeli. Dan jika 1000 orang sehari, 30 ke 80 orang membeli. Penggunaaan Google Ads dan SEO untuk naikkan ranking website membantu jualan produk dan bina jenama untuk produk tersebut.

Penutup

Anda telah bersedia dan telah faham Cara untuk Jadi Founder Produk melalui Kilang OEM Malaysia , Sabah , Sarawak ? Jika ya , terus hubungi kami untuk konsultasi percuma. IKLEENS Manufacturer telah beroperasi lebih 10 tahun dan menjadi pilihan ratusan founder seluruh Malaysia untuk membangunkan produk. Kini giliran anda.

YOUR MANUFACTURING ONE STOP SOLUTION DETERGENT CUSTOM PACKAGING JOHOR

YOUR One-Stop TOLL MANUFACTURING & CUSTOM PACKAGING SOLUTIONS. IKLEENS MANUFACTRING (MALAYSIA) SDN BERHAD.

IKLEENS Group provides evidence-based, tailor-made integrated solutions for modern liquid detergent production plants. Our service package includes technology transferring, staff training, and raw material supplying, along with lifetime technical support . Liquid Detergent Production Line Household detergents in liquid form are winning more and more market share from powder detergents and soaps. The key determinants reside in their convenience of use and tremendous diversity in formulas. For that reason, investing in the manufacturing of liquid detergents can be one of the most prosperous business start-ups to consider. Detergent plant design and setup As a part of our rounded production solutions, the IKLEENS Group offers extensive expertise in designing, establishing, commissioning, and troubleshooting new productions. get free consultation We support our partnersThat is why, instead of as a standalone service, our start-up and commissioning projects are a part of the full production lifecycle. We start by transitioning your idea from the design phase to the fully operational stage. We finish by securing an unmatchable supply and support network Detergent chemicals ECOZE Group manufactures and provides a full list of raw materials for detergent liquid/powder, followed by a selection of ingredients for liquid detergents.


201805291554343856835
IMG1-258-1-980x653
????????????????????????????????????

We provide a wide range of basic chemicals and complex formulations, which we produce ourselves or selected suppliers. It is our prime objective to provide our customers with a complete package of products and support.



We are recognized as a trusted business partner across a wide spectrum of industries via our responsive service, product reliability and safety.

We provide customized services and with a highly focused mission to provide services

cc11ed7b-5c4a-43ad-8ed0-2492d0c36053_169

MR HARRIE 011 6056 2566 

IKLEENS MANUFACTURING (M) SDN BHD (MALAYSIA) / SARA SHAZA JAYA ENTERPRISE(MALAYSIA) / IKLEENS M SERVICES & MANUFACTURER(MALAYSIA) 

Factory : Lot 7961 (No 7) Jalan Tek Teck San (batu 21,Jalan Air Itam, Taman Pertama kulai)

81000 KulaiJohor

Factory Outlet : no 4 & 4B, Jalan Penang 1, Taman Kulai, 81000 Kulai, Johor

FACTORY : No 3, (PTD222279) Jalan IHP 1/8 Kawasan Perindustrian Halal Park, 81700 Pasir Gudang, Johor

FACTORY : LOT 51671, JALAN TIMAH KAW.PERIND.PASIR GUDANG 81700.JOHOR

FACTORY : LOT PTB 263 JALAN MUTAIB, KAWASAN PERINDUSTRIAN FASA 1 81440, BANDAR TENGGARA. JOHOR


Uncategorized

YOUR ONE STOP TOLL MANUFACTURING & CUSTOM PACKAGING SOLUTIONS

YOUR One-Stop TOLL MANUFACTURING & CUSTOM PACKAGING SOLUTIONS. IKLEENS MANUFACTRING (MALAYSIA) SDN BERHAD.

IKLEENS Group provides evidence-based, tailor-made integrated solutions for modern liquid detergent production plants. Our service package includes technology transferring, staff training, and raw material supplying, along with lifetime technical support . Liquid Detergent Production Line Household detergents in liquid form are winning more and more market share from powder detergents and soaps. The key determinants reside in their convenience of use and tremendous diversity in formulas. For that reason, investing in the manufacturing of liquid detergents can be one of the most prosperous business start-ups to consider. Detergent plant design and setup As a part of our rounded production solutions, the IKLEENS Group offers extensive expertise in designing, establishing, commissioning, and troubleshooting new productions. get free consultation We support our partnersThat is why, instead of as a standalone service, our start-up and commissioning projects are a part of the full production lifecycle. We start by transitioning your idea from the design phase to the fully operational stage. We finish by securing an unmatchable supply and support network Detergent chemicals ECOZE Group manufactures and provides a full list of raw materials for detergent liquid/powder, followed by a selection of ingredients for liquid detergents.


201805291554343856835
IMG1-258-1-980x653
????????????????????????????????????

We provide a wide range of basic chemicals and complex formulations, which we produce ourselves or selected suppliers. It is our prime objective to provide our customers with a complete package of products and support.



We are recognized as a trusted business partner across a wide spectrum of industries via our responsive service, product reliability and safety.

We provide customized services and with a highly focused mission to provide services

cc11ed7b-5c4a-43ad-8ed0-2492d0c36053_169

MR HARRIE 011 6056 2566 

IKLEENS MANUFACTURING (M) SDN BHD (MALAYSIA) / SARA SHAZA JAYA ENTERPRISE(MALAYSIA) / IKLEENS M SERVICES & MANUFACTURER(MALAYSIA) 

Factory : Lot 7961 (No 7) Jalan Tek Teck San (batu 21,Jalan Air Itam, Taman Pertama kulai)

81000 KulaiJohor

Factory Outlet : no 4 & 4B, Jalan Penang 1, Taman Kulai, 81000 Kulai, Johor

FACTORY : No 3, (PTD222279) Jalan IHP 1/8 Kawasan Perindustrian Halal Park, 81700 Pasir Gudang, Johor

FACTORY : LOT 51671, JALAN TIMAH KAW.PERIND.PASIR GUDANG 81700.JOHOR

FACTORY : LOT PTB 263 JALAN MUTAIB, KAWASAN PERINDUSTRIAN FASA 1 81440, BANDAR TENGGARA. JOHOR