Cara Daftar ePerolehan Sebagai Pembekal (eperolehan.gov.my)

0 Comments

Bagaimana cara daftar ePerolehan sebagai pembekal dari Kementerian Kewangan Malaysia? Mudah sahaja, ikuti panduan seperti di bawah.

Jika sudah register, boleh terus login ePerolehan sebagai pembekal.

Sedikit mengenai ePerolehan
ePerolehan merupakan sistem perolehan online, yang membolehkan pembekal menawarkan produk dan perkhidmatan kepada kerajaan Malaysia secara atas talian.

ePerolehan juga berperananan sebagai salah satu cara untuk para pembekal mendaftar dan memperbaharui Sijil Kementerian Kewangan Malaysia (MOF).

Sistem ePerolehan secara “paperless” ini sebenarnya lebih mudah, serta menjimatkan kos, masa dan tenaga.

Cara daftar ePerolehan
Cara daftar ePerolehan (Pendaftaran Pembekal Online)

Sebelum boleh login ePerolehan dan masuk tender kerajaan, anda perlu mendaftar terlebih daulu.

Mana-mana syarikat yang berkelayakan, memang boleh masuk ePerolehan tender.

Jadi, anda perlu buat permohonan pendaftaran pembekal baru terlebih dahulu:

Layari laman web rasmi ePerolehan di sini: https://www.eperolehan.gov.my/online-registration
Pilih jenis akaun iaitu Akaun Asas, Akaun MOF dan Akaun G2G.
Untuk maklumat lanjut, sila baca penerangan mengenai jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan
Kami andaikan anda mahu buat pendaftaran untuk Akaun Asas
Pilih Akaun Asas
Sila baca PENGENALAN AKAUN PEMBEKAL sebelum meneruskan cara daftar ePerolehan
Selesai baca, tekan butang Seterusnya
Baca TERMA DAN SYARAT dengan teliti
Masukkan nombor dan aksara Captcha yang dikehendaki
Klik Seterusnya
Klik pada Saya telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat di atas dan mengesahkan bahawa maklumat Pentadbir Pembekal yang dilantik adalah tepat dan benar
Di bahagian MAKLUMAT AKAUN, masukkan:
Jenis Perniagaan / Syarikat
Nombor Pendaftaran Perniagaan
Masukkan Nombor Kad Pengenalan jika dipinta
Tekan butang Seterusnya
Selesaikan hingga habis semuanya

Jenis akaun pembekal untuk daftar ePerolehan
Akaun Asas

Akaun ini adalah khas bagi pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan (Bukan Perunding) tidak melebihi RM20,000.00.
Tiada bayaran dikenakan untuk permohonan Akaun Asas.
Akaun MOF

Akaun ini adalah untuk pembekal yang ingin daftar ePerolehan yang bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan sehingga nilai RM20,000 dan juga yang melebihi had nilai RM20,000. Pembekal akaun MOF terbahagi kepada dua iaitu:
Kontraktor:
bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Bekalan & Perkhidmatan bukan perunding; atau
bertransaksi dengan Lain-lain (Kerajaan Negeri, Badan Berkanun, Syarikat Berkaitan Kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan)
Perunding – bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Perolehan Perkhidmatan Perunding.
Akaun G2G

Bagi Agensi Kerajaan bertransaksi dengan Kerajaan Persekutuan untuk Bekalan dan Perkhidmatan menggunakan kaedah pembelian terus tanpa had nilai di sistem ePerolehan.
Agensi Kerajaan bermaksud Badan Berkanun Persekutuan/Negeri, Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Pendaftaran ePerolehan Guna GMail
Jika anda seorang pembekal yang ingin mendaftar, anda dinasihatkan untuk menggunakan

e-mel syarikat (contohnya [email protected])
atau perkhidmatan GMail, iaitu servis e-mel Google seperti [email protected]
Jangan guna perkhidmatan e-mel Yahoo iaitu @yahoo.com, @ymail.com dan @rocketmail.com dalam urusan Pendaftaran Pembekal bagi mengatasi masalah penerimaan notifikasi e-mel daripada Sistem ePerolehan.

Akhir kalam

Mudah-mudahan, selepas membaca cara daftar ePerolehan ini, anda diberikan semangat untuk terus bekerja keras untuk anak-anak dan keluarga.

Yang penting, selepas mendapat kelulusan, silakan masuk mana-mana tender dan sebut harga. Jika ada rundingan terus, itu lebih baik.

Cuma ingin diingatkan, jangan terlibat dengan rasuah. Biar tak kaya di dunia, tapi kaya di akhirat. Hanya jika terdesak, buatlah pinjaman MARA atau pinjaman perniagaan dari bank di Malaysia.

Semoga bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish (United States)