Teknik dan waktu mencuci tangan, serta Kebaikannya

0 Comments

Info Tentang Kebaikan, Teknik Serta Waktu Yang Sepatutnya Untuk Mencuci Tangan

Kesihatan Umum

Pengenalan Tentang Kebaikan Mencuci Tangan
Sejak berkurun lama, perbuatan mencuci tangan merupakan kaedah yang diterima pakai tidak kiralah daripada beberapa tamadun purba kala sehingga ke zaman millenial kini. Namun begitu, cuci tangan maksud dan pengertiannya masih gagal difahami oleh sesetengah individu.

Dalam dunia perubatan, aktiviti mencuci tangan merupakan pendekatan yang efisien serta murah dalam mengelakkan pelbagai perkara yang tidak diingini. Secara tuntasnya, mencuci tangan dapat mengelakkan penyebaran kuman ataupun virus. Sebagai contoh penyakit bawaan daripada najis seperti kolera dan masalah pernafasan seperti virus influenza.

Kajian yang dilakukan keatas negara membangun, punca yang mendorong kepada kematian disebabkan oleh jangkitan pernafasan serta Kolera dapat dicegah dengan hanya mencuci tangan. Berdasarkan laporan Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), norma mencuci tangan lebih berkesan daripada vaksin serta rawatan hospital dalam mencegah serta merawat sakit yang berkaitan dengan kekotoran. Selain efisien, kaedah seperti ini mudah dan murah untuk diaplikasikan oleh semua lapisan masyarakat.

Bagaimanakah Kuman Ataupun Virus Tersebar ?
Memegang mulut, hidung atau mata dengan mengunakan tangan yang telah terdedah kepada virus tersebut.
Menyediakan makanan dengan mengunakan tangan yang tidak dicuci
Memegang objek ataupun perkakas yang telah dicemari oleh kuman atau virus
Tidak mengamalkan etika batuk iaitu tidak menutup mulut ketika batuk ataupun bersin
Bersin ataupun batuk sambil menutup mulut namun selepas itu memegang objek ataupun tangan orang lain

Bilakah Seseorang Itu Perlu Untuk Mencuci Tangan ?

Ada yang mengatakan bahawa cuci tangan sebelum makan merupakan satu kemestian bagi mencegah sakit penyakit. Sebenarnya tiada garis panduan tetap tentang bilakah seseorang itu perlu untuk mencuci tangan hal ini kerana ia bergantung kepada aktiviti yang dilakukan oleh individu tersebut. Namun prinsipnya amat mudah iaitu, jika tangan seseorang itu bersentuhan dengan sesuatu yang mendedahkan mereka kepada kotoran, pada ketika itulah perbuatan mencuci tangan afdal untuk dilakukan. Berdasarkan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia, berikut merupakan garis panduan masa tentang ketika seseorang itu perlu untuk mencuci tangan.

Sebelum, ketika dan selepas menyediakan makanan
Sebelum makan
Sebelum dan selepas mengendalikan orang sakit seperti ciri-birit atau muntah
Sebelum dan selepas merawat luka atau kecederaan
Selepas menggunakan bilik air
Selepas menukar lampin bayi atau membersihkan anak di bilik air
Selepas bersin, batuk ataupun mengeluarkan hingus
Selepas memegang haiwan, makanan haiwan serta najis mereka
Selepas membuang sampah

7 Langkah Mudah Mencuci Tangan
Terdapat pelbagai kaedah yang disarankan untuk mencuci tangan seperti cuci tangan kkm ataupun berdasarkan garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO. Tidak kiralah yang mana satu asalkan beberapa langkah penting berikut diamalkan:

Pertamanya, basahkan tangan menggunakan air mengalir dan kemudiannya letak sabun pencuci lalu ratakan
Gosok tapak tangan. Gosok pada celah jari untuk setiap jari. Kemudan, gosok kuku menggunakan tapak tangan. Beralih pula kepada belakang tangan dan gosok dengan teliti. Gosok pada pergelangan tangan.
Akhir sekali, bilas tangan menggunakan air dan lap tangan anda dengan kain atau tisu yang bersih.

Bahan Yang digunakan Untuk Mencuci Tangan

1) Air.
Ia merupakan antara komponen terpenting dalam mencuci tangan. Penggunaaan air untuk membilas tangan atau perkakas adalah bertujuan untuk menyingkirkan kekotoran yang nampak dengan mata kasar seperti debu, pasir dan yang seumpamanya. Namun, air tidak mampu untuk membunuh bakteria. Bagi amalan mencuci mengunakan air, cara gosokkan dan bilasan merupakan teknik yang penting dalam menyingkirkan kotoran. Maka, cuci tanpa menggosk merupakan perbuatan yang sia-sia.

2) Sabun ataupun detergent.
Kedua-dua agen ini mampu untuk meyingkirkan kekotoran seperti tanah, minyak dan kotoran yang dianggap degil. Tambahan pula dengan kehadiran wabak COVID-19 kini, sabun mampu untuk memecahkan ikatan kimia antara virus dan juga permukaan kulit lantas menyebabkan virus ini tersingkir. Selain itu, terdapat juga jenis sabun anti-kuman ataupun antibakteria. Namun hendaklah diketahui bahawa sabun seperti ini tidak bertindak keatas kuman dan terdapat beberapa kajaian menunjukkan bahawa ia boleh membawa kepada masalah bacterial resistance.

3)Cucian berasaskan alkohol.
Pandemik COVID-19 kini menyebabkan penjualan hand-sanitizer semakin laris di pasaran sehinggakan harga barangan ini melonjak naik. Menurut laman Centre of Disease Control CDC, penggunaan alkohol berjumlah sekurang-kurangnya 60% mampu untuk melemahkan virus. Namun harus diketahui bahawa kaedah ini tidak berkesan keatas semua jenis kotoran dan keberkesanannya berkurang jika digunakan keatas tangan yang berminyak. Secara tuntasnya, mencuci tangan mengunakan air dan sabun perlu sentiasa menjadikan keutamaan dan kaedah ini merupakan alternatif kepada amalan sedia ada. Tambahan pula, penggunaan alkohol untuk mencuci tangan boleh mengakibatkan kesan seperti kulit kering, alahan dan gatal pada kulit yang sensitif.

RUJUKAN :
1. Hand-washing: Do’s and don’ts, Mayo Clinic

2. Clean Hands Protect Against Infection, WHO

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish (United States)