Tips Membeli High Pressure Washer Untuk Kegunaan Lantai kilang, sekolah, rumah dan lain2.

0 Comments

Jenis dan spesifikasi mesin high pressure yang anda beli bergantung pada tempat untuk digunakan kerana sesetengah mesin high pressure di pasaran hanya sesuai untuk tugas- tugas sederhana seperti pembersihan kereta, kolam, lantai dan perabot.

Tekanan (BAR)
Tekanan ini berfungsi untuk memaksa air untuk dipam keluar, mesin yang mempunyai 110 bar adalah ideal untuk membersihkan kereta dan tugasan harian yang lain, tetapi jika anda ingin menggunakannya untuk membersihkan decking rumah, maka mesin yang mempunyai 130 BAR dan ke atas adalah lebih baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Detergent

Pemilihan cecair kimia pencuci adalah antara faktor penting yang perlu di ketahui, kerana setiap bahan kimia (detergen) mengandungi kandungan yang berlainan jenis untuk setiap kotoran yang berbeza seperti lumut degil, minyak atau kotoran yang lama.

Dengan kimia pencuci dan pembersih jenama TANA yang diisi di foam sprayer, ia sesuai untuk membersihkan kereta dan decking anda dengan semburan sabun yang sekata tanpa merosakkan cat kereta.

Cadangan penulis: Pengambilan cecair kimia yang mengadungi bacaan kimia pH7 (Neutral) seperti cecair kimia SR15 brand Tana Chemical Made in Germany sangat selamat dan efektif untuk digunakan.

sesuai untuk pembersihan kereta selain menambah penggunaan berus “multi 3 in 1 kit brush” untuk mendapatkan hasil yang memukau. Rangkaian produk TANA chemical merangkumi hampir semua kegunaan pembersihan seperti pembersihan rumah dan dapur serta sabun basuh tangan.

Terdapat dua pilihan motor di sini , iaitu Universal Motor dan Induction Motor. Jika anda perhatikan, High Pressure Washer yang menggunakan Induction motor menawarkan harga yang lebih mahal berbanding dengan Universal motor. Induction motor lebih berkuasa berbanding dengan Universal Motor. Ini kerana Induction motor jauh lebih berat dan lebih mahal seiring dengan kuasa yang diberikan berbanding dengan Universal motor. Selain itu, Induction motor mempunyai ketahanan yang lebih lasak, lebih perlahan bunyi mesin dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding dengan Universal motor.

Disini kami rangkumkan jawapan kepada soalan-soalan yang ditujukan mengenai perbandingan antara dua jenis motor.

Saiz / Berat

Winner: Universal Motor

Induction motor lebih besar, lebih berat dan “less portable” manakala Universal motor lebih kecil dan senang dibawa.

Jangka Hayat

Winner: Induction Motor

Ternyata Induction motor sering digunakan dalam semua mesin pencuci tekanan elektrik di industri kerana kemampuan motor untuk bertahan lebih lama. Keadaan ini disebabkan oleh Induction motor yang mampu beroperasi pada tahap RPM yang lebih rendah untuk menjana elektrik.

Kecekapan Kuasa

Winner: Induction Motor

Induction motor menjana kurang haba dan memerlukan arusan elektrik yang rendah untuk menjana kuasa yang lebih tinggi daripada Universal motor.

Tahap Bunyi

Winner: Induction Motor

Induction motor berfungsi pada kelajuan dua kali ganda lebih kuat berbanding dengan Universal motor dan berupaya untuk tidak mengeluarkan bunyi sekuat Universal motor.

Kos

Winner: Universal Motor

Sebab utama Universal motor digunakan dalam model mesin high pressure adalah kerana kos pembuatan lebih murah berbanding Induction Motor. Akan tetapi teknologi yang terletak pada Induction motor sering menjadi pilihan pengguna bijak kerana mereka memilih “quality” berbanding “quantity”.

Cadangan penulis: NILFISK high pressure washer untuk consumer (135 bar onwards) menggunakan Induction motor instead of Universal motor berbanding jenama yang lain yang hanya menggunakan motor ini untuk mesin kegunaan industri sahaja. Ini menjadikan jenama NILFISK lebih praktikal untuk digunakan di rumah dan pengunaan yang lasak dalah kehidupan seharian.

Plastic pump vs Metal pump
Dari segi pemilihan pump, adalah digalakkan untuk memilih metal pump dan seangkatannya kerana dipercayai metal pump mempunyai high durability untuk berfungsi dengan lebih lama.
Penggunaan plastic pump tidak digalakkan kerana mesin tidak dapat berfungsi untuk jangka masa yang panjang walaupun harga yang ditawarkan lebih murah. Jika selepas lima (5) kali penggunaan plastic pump sudah kurang efektif, sudah pasti metal pump menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna yang bijak.
Pembaikan dan penyelenggaraan
Setiap mesin akan mengalami kerosakannya jika cara permakaian nya tidak teratur.

Untuk mendapat jangka hayat yang panjang pastikan anda mendapat warranti untuk setiap pembelian mesin High Pressure Washer anda.

Machines

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish (United States)