Archive: أغسطس 17, 2021

Polish, Wax atau Coating?

Antara soalan yang selalu ditanya untuk kereta baru adalah penjagaan cat kereta. Nak buat polish, wax atau coating, semuanya terpulang pada anda. Jadi apa perbezaan polish, wax dan coating ni?

Perlu polish / wax / coating kereta baru?

1. Polish (Kilat)
Tugas-tugas mengilatkan kenderaan anda adalah langkah awal dan paling asas. Polish bertujuan untuk mengilatkan kereta di samping cara membuang kotoran yang tidak dapat ditanggalkan dengan cara mencuci biasa. Selalunya jika ada calar-calar halus, polish cukup untuk menutup tanda-tanda yang tidak diingini tersebut. Kekurangan polish adalah ia tidak memberikan apa-apa perlindungan ke atas cat kereta.

2.Wax
Wax merupakan suatu lapisan yang melindungi permukaan cat selepas dikilatkan. Walaubagaimanapun, lapisan wax akan habis dalam jangkamasa sekitar 3 bulan, bergantung kepada keadaan. Kelebihan wax adalah ia lebih murah berbanding coating namun hanya bertahan 3 bulan akibat terhakis dengan panas dan kelembapan.

3. Coating
Coating juga merupakan satu lapisan untuk melindungi cat kereta. Walaubagaimanapun, proses melakukan coating lebih lama dan lebih rumit. Pembetulan warna cat dan tambah kilat dilakukan sebelum lapisan coating ini dilakukan. Coating juga mampu bertahan lebih lama dengan penjagaan yang betul.

Kereta tahan calar selepas coating?

Antara mitos yang selalu digembar-gemburkan oleh peniaga spa kereta atau yang seangkatan dengannya selalu mendakwa bahawa kereta akan tahan calar selepas coating. Tak perlu selalu basuh kereta dan sebagainya. Perkongsian daripada Lawrence Tey, pemilik Finest Auto Detailing Centre mendakwa sebaliknya. Anda perlu lebih kerap mencuci kereta selepas melakukan coating kerana selepas lapisan coating diletakkan, ia memudahkan kotoran untuk dicuci kerana kotoran tidak mudah ‘melekat’ pada permukaan kenderaan. Hal ini kerana pori-pori mikro pada permukaan cat telah ditutup oleh lapisan coating. Lapisan coating maksimum yang disyorkan adalah sekitar 2 hingga 3 lapisan sahaja. Satu lapisan mengambil masa lebih 4 jam. Kalau lebih dari 3 lapisan, ia akan jadi membazir.

How to stay physically active during self-quarantine?

Many healthy people are being asked to stay at home in self-quarantine as new COVID-19 cases arise in the WHO European Region. Fitness centers and other places where people regularly exercise will be temporarily closed in various nations. Keeping physically active while being at home for lengthy periods of time might be difficult. Individuals’ health, well-being, and quality of life can all be harmed by sedentary behavior and inadequate levels of physical activity. Self-quarantine can also contribute to citizens’ stress levels and put their mental health at risk. Physical activity and relaxation techniques can both help you stay calm and safeguard your health during this stressful period.
The World Health Organization advises 150 minutes of moderate-intensity exercise or 75 minutes of vigorous-intensity exercise per week, or a combination of the two. Even without sophisticated equipment or a large amount of room, these recommendations can be carried out at home. Here are some ideas for staying active and reducing sedentary behaviour when in self-quarantine:


During the day, take short activity breaks. Weekly physical activity recommendations are supplemented by short bursts of physical activity. You can use the workouts listed below as motivation to stay active every day. Other ways to stay active at home include dancing, playing with children, and doing household duties like cleaning and gardening.


Participate in an online exercise class. Take advantage of the numerous online fitness classes available. Many of these are available for free on YouTube. If you’ve never done these exercises before, proceed with caution and awareness of your own limitations.


Walk. Walking around or walking on the spot might help you stay active even in tiny spaces. If you have a phone conversation, instead of sitting down, stand or move around your house while you talk. If you decide to go for a stroll or workout outside, keep at least a 1-meter distance between you and other people.


Take a step forward. Stand up as much as possible to cut down on your sitting time. Ideally, every 30 minutes, interrupt your sitting and reclining time. To continue working while standing, consider building up a standing desk by using a high table or stacking a stack of books or other things. Prioritize cognitively stimulating activities such as reading and board games during sedentary leisure time.


Relax. You can stay calm by meditating and taking deep breaths. For your consideration, a few relaxing techniques are included below.


It’s also crucial to remember to eat well and remain hydrated for maximum health. Instead of sugar-sweetened beverages, the WHO suggests drinking water. Adults should limit or avoid alcoholic beverages, and young individuals, pregnant and breastfeeding mothers, and others should avoid them for health reasons. Limit your salt, sugar, and fat intake while increasing your intake of fruits Prefer whole grains rather than refined foods and vegetables.

Credit: World Health Organization Europe

Tips Membeli High Pressure Washer Untuk Kegunaan Lantai kilang, sekolah, rumah dan lain2.

Jenis dan spesifikasi mesin high pressure yang anda beli bergantung pada tempat untuk digunakan kerana sesetengah mesin high pressure di pasaran hanya sesuai untuk tugas- tugas sederhana seperti pembersihan kereta, kolam, lantai dan perabot.

Tekanan (BAR)
Tekanan ini berfungsi untuk memaksa air untuk dipam keluar, mesin yang mempunyai 110 bar adalah ideal untuk membersihkan kereta dan tugasan harian yang lain, tetapi jika anda ingin menggunakannya untuk membersihkan decking rumah, maka mesin yang mempunyai 130 BAR dan ke atas adalah lebih baik untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Detergent

Pemilihan cecair kimia pencuci adalah antara faktor penting yang perlu di ketahui, kerana setiap bahan kimia (detergen) mengandungi kandungan yang berlainan jenis untuk setiap kotoran yang berbeza seperti lumut degil, minyak atau kotoran yang lama.

Dengan kimia pencuci dan pembersih jenama TANA yang diisi di foam sprayer, ia sesuai untuk membersihkan kereta dan decking anda dengan semburan sabun yang sekata tanpa merosakkan cat kereta.

Cadangan penulis: Pengambilan cecair kimia yang mengadungi bacaan kimia pH7 (Neutral) seperti cecair kimia SR15 brand Tana Chemical Made in Germany sangat selamat dan efektif untuk digunakan.

sesuai untuk pembersihan kereta selain menambah penggunaan berus “multi 3 in 1 kit brush” untuk mendapatkan hasil yang memukau. Rangkaian produk TANA chemical merangkumi hampir semua kegunaan pembersihan seperti pembersihan rumah dan dapur serta sabun basuh tangan.

Terdapat dua pilihan motor di sini , iaitu Universal Motor dan Induction Motor. Jika anda perhatikan, High Pressure Washer yang menggunakan Induction motor menawarkan harga yang lebih mahal berbanding dengan Universal motor. Induction motor lebih berkuasa berbanding dengan Universal Motor. Ini kerana Induction motor jauh lebih berat dan lebih mahal seiring dengan kuasa yang diberikan berbanding dengan Universal motor. Selain itu, Induction motor mempunyai ketahanan yang lebih lasak, lebih perlahan bunyi mesin dan mempunyai jangka hayat yang lebih lama berbanding dengan Universal motor.

Disini kami rangkumkan jawapan kepada soalan-soalan yang ditujukan mengenai perbandingan antara dua jenis motor.

Saiz / Berat

Winner: Universal Motor

Induction motor lebih besar, lebih berat dan “less portable” manakala Universal motor lebih kecil dan senang dibawa.

Jangka Hayat

Winner: Induction Motor

Ternyata Induction motor sering digunakan dalam semua mesin pencuci tekanan elektrik di industri kerana kemampuan motor untuk bertahan lebih lama. Keadaan ini disebabkan oleh Induction motor yang mampu beroperasi pada tahap RPM yang lebih rendah untuk menjana elektrik.

Kecekapan Kuasa

Winner: Induction Motor

Induction motor menjana kurang haba dan memerlukan arusan elektrik yang rendah untuk menjana kuasa yang lebih tinggi daripada Universal motor.

Tahap Bunyi

Winner: Induction Motor

Induction motor berfungsi pada kelajuan dua kali ganda lebih kuat berbanding dengan Universal motor dan berupaya untuk tidak mengeluarkan bunyi sekuat Universal motor.

Kos

Winner: Universal Motor

Sebab utama Universal motor digunakan dalam model mesin high pressure adalah kerana kos pembuatan lebih murah berbanding Induction Motor. Akan tetapi teknologi yang terletak pada Induction motor sering menjadi pilihan pengguna bijak kerana mereka memilih “quality” berbanding “quantity”.

Cadangan penulis: NILFISK high pressure washer untuk consumer (135 bar onwards) menggunakan Induction motor instead of Universal motor berbanding jenama yang lain yang hanya menggunakan motor ini untuk mesin kegunaan industri sahaja. Ini menjadikan jenama NILFISK lebih praktikal untuk digunakan di rumah dan pengunaan yang lasak dalah kehidupan seharian.

Plastic pump vs Metal pump
Dari segi pemilihan pump, adalah digalakkan untuk memilih metal pump dan seangkatannya kerana dipercayai metal pump mempunyai high durability untuk berfungsi dengan lebih lama.
Penggunaan plastic pump tidak digalakkan kerana mesin tidak dapat berfungsi untuk jangka masa yang panjang walaupun harga yang ditawarkan lebih murah. Jika selepas lima (5) kali penggunaan plastic pump sudah kurang efektif, sudah pasti metal pump menjadi pilihan yang tepat untuk pengguna yang bijak.
Pembaikan dan penyelenggaraan
Setiap mesin akan mengalami kerosakannya jika cara permakaian nya tidak teratur.

Untuk mendapat jangka hayat yang panjang pastikan anda mendapat warranti untuk setiap pembelian mesin High Pressure Washer anda.

Machines

غير مصنف

Cara membasuh tumpahan minyak

Kejadian tumpahan minyak seperti gambar di atas sering terjadi di kawasan tapak pengumpulan minyak.

Antara bahan yang boleh digunakan bagi membersihkan kawasan tumpahan minyak ini ialah Heavy Duty Degreaser iaitu cecair bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia yang tinggi.

Dengan menggunakan heavy duty degreaser, simbahkan bahan pencuci kimia di kawasan tumpahan minyak. Biarkan selama 20 minit, kemudian dengan menggunakan water jet, basuh kawasan berkenaan. Jika masih terdapat kesan-kesan minyak, gosok kawasan tersebut menggunakan berus penyapu. Ulang langkah tersebut sehingga kesan minyak telah hilang.

Sanitasi rumah bantu cegah COVID-19?

Kuala Lumpur: Penularan pandemik Covid-19 dengan kes pertama mula dikesan di negara ini pada awal tahun lalu, banyak mengubah gaya hidup orang ramai baik dari segi ekonomi, sosial mahupun penjagaan kesihatan.

Tidak hanya sekadar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan seperti memakai pelitup muka, menjaga penjarakan fizikal dan membasuh tangan, orang ramai dilihat proaktif dalam soal penjagaan kesihatan demi melindungi diri dan keluarga daripada serangan virus yang boleh membawa maut itu.

Bagi yang berkemampuan, ramai yang memilih untuk membeli mesin penapisan udara dan tidak kurang juga yang mengupah syarikat tertentu untuk menjalankan kerja-kerja disinfeksi di rumah demi memastikan tiada virus Covid-19 yang ‘menumpang’ dan menjangkiti ahli keluarga.

Namun, bagaimana pula bagi golongan yang tidak mampu, apakah mesin penapisan udara dan kerja-kerja disinfeksi itu satu kemestian terutama untuk mereka yang pernah menjadikan rumah sendiri sebagai pusat kuarantin.

Bagi Pakar Virologi daripada Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Yahya Mat Arip, proses disinfeksi atau membasmi kuman tidak sukar dan boleh dilakukan sendiri oleh orang ramai dengan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

“Tidak perlu untuk pening kepala memikirkan kos bagi melakukan proses sanitasi di rumah kerana kita sendiri boleh melakukannya hanya menggunakan cecair peluntur dan dicampurkan dengan air menggunakan sukatan yang ditetapkan.

Bahan kimia hipoklorit yang ada pada cecair peluntur itu sudah cukup untuk membasmi kuman di kawasan-kawasan yang kerap disentuh dan digunakan hanya dengan mengelap seperti tombol pintu, suis lampu, dan tandas,” katanya.

Bagaimanapun, menurutnya kerja-kerja disinfeksi itu perlu lebih berfokus dengan mengutamakan kawasan atau bilik yang digunakan untuk kuarantin pesakit Covid-19 selain pakaian mereka juga perlu dicuci berasingan daripada ahli keluarga lain untuk mengelak jangkitan.

Pakar Virologi daripada Universiti Malaya (UM) Prof Dr Sazaly Abu Bakar pula lebih menekankan kepentingan mempunyai pengaliran udara yang baik di dalam rumah kerana ia dapat mengurangkan jangkitan virus yang berjangkit secara berkelompok.

“Sekiranya tiada pengaliran udara yang baik, virus di dalam rembesan yang halus (aerosol) akan berada pada tahap yang lama dan mungkin boleh bertahan sehingga beberapa jam.

“Jika ada pengaliran udara, virus ini akan keluar dan dilarutkan dengan udara di luar. Udara ini akan berpusing dan membersihkan kawasan di dalam rumah menggantikan udara tidak sihat yang terperangkap,” katanya.

Pada masa sama, Sazaly berkata selain cecair peluntur, kerja-kerja disinfeksi juga memadai hanya menggunakan air sabun dan kemudian dilapkan sahaja kerana virus ini diselaputi lipid yang akan larut di dalam air sabun.

Sementara itu bagi Syanty Octavia Amry, 37, mengakui agak paranoid dalam soal penjagaan kesihatan sejak penularan wabak itu ditambah lagi dengan tempat kerjanya sebuah syarikat penerbitan swasta, terletak berhampiran dengan syarikat pembinaan menyebabkannya lebih mudah terdedah kepada virus tersebut.

“Kerjaya saya sebagai wartawan memerlukan saya untuk bertemu dengan pelbagai individu dan kita pula tak tahu akan keadaan mereka. Jadi, setiap kali pulang ke rumah saya mempunyai risiko untuk membawa pulang virus bersama,” katanya.

Berikutan itu, katanya keputusan untuk mensanitasi rumah dibuat memandangkan semua ahli keluarganya adalah antara golongan yang berisiko tinggi serta menghidap kencing manis.

Bagi suri rumah Nor Haniza Ahmad, 31, memilih untuk mensanitasi rumahnya berikutan ia dijadikan sebagai pusat kuarantin kepada lima ahli keluarganya yang dijangkiti Covid-19 pada Februari lalu.

“Saya tidak kisah untuk mengeluarkan sedikit belanja asalkan kesihatan ahli keluarga terjamin dan saya memilih untuk mengupah syarikat swasta bagi menjalankan kerja itu kerana lebih yakin memandangkan mereka mempunyai kepakaran,”

Kredit: Harian Metro

arArabic