Archive: سبتمبر 18, 2021

Buy chemicals & offering a consignment terms for 30-60 days with terms and conditions

Dear Mr/Mrs/Ms,

We introduce ourselves as Ikleens, one of the chemicals suppliers in Malaysia. We are located at Pasir Gudang, Johor. Since the establishment of IKLEENS in 2013, IKLEENS has over 8 years of experience in supplying reliable cleaning solutions and chemicals to contractors, households, offices, restaurants, and government agencies. Currently, we are one of the notable suppliers of commercial and industrial cleaning products that are mainly used in government agencies, presently we are also expanding our product range for domestic and household customers.


You may check out our official website at https://www.ikleens.com/ for more details. We are welcoming to any business deal in supplying cleaning products to your company. The best news is we are offering a consignment terms for 30-60 days with terms and conditions. We promised to serve our best services & products to you.

If you are interested in our offer, you may call us at 07-2556755 or 011-60562566. We could have a nice business conversation until we reached an agreement. If you have any questions, you may also contact us thru email at [email protected]. We also make disinfection services.

Thank you. Regards,
IKLEENS
KEEP SAFE & HEALTHY

SANITASI DAN FOGGING

Disinfeksi merupakan salah satu kaedah yang boleh mengawal dan mencegah penularan wabak COVID 19, dengan menggunakan teknik dan bancuhan yang betul.

Bancuhan disinfeksi adalah 1 bahagian cecair peluntur (mengandungi sekurang-kurangnya 5% kepekatan Sodium Hypochlorite) dan 9 bahagian air paip.

Lakukan disinfeksi di permukaan-permukaan yang kerap disentuh atau mudah tercemar. Setelah selesai, pastikan anda membuang bancuhan disinfeksi dan membilas peralatan dengan air bersih serta dikeringkan. Alat pelindung diri pakai buang seperti topeng muka dan apron perlulah dibuang.

PASTIKAN ANDA MEMAKAI ALAT PELINDUNG DIRI SEBELUM MELAKUKAN DISINFEKSI

Jom dapatkan produk sanitasi dan fogging segera dengan kami! Lawati kedai shopee kami di Shopee Ikleens Pasir Gudang.

Disinfeksi, Nyahkuman dan Sanitasi adalah 3 perkataan yang berbeza ramai yang keliru.

Salam. Hari ni Kami ingin membuat sedikit perkongsian mengenai disinfeksi ataupun nyahkuman. Semenjak wabak COVID-19 ni merebak, kita sering kali mendengar terma-terma seperti cucian (cleaning), sanitasi (sanitizing) dan nyahkuman atau disinfeksi (disinfecting) tetapi masih ramai yg Kami lihat masih belum betul-betul faham dan keliru dengan terma-terma ni.

Seperti yang kita tahu, Organisasi Kesihatan Dunia atau World Heath Organisation (WHO) dan Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan atau Centers for Disease Control and Prevention (CDC) telah menyarankan langkah pencegahan yang paling baik bagi mengelakkan jangkitan dan penularan wabak COVID-19 iaitu kita perlu menjaga dan meningkatkan tahap kebersihan diri dengan sentiasa mencuci tangan dengan menggunakan sabun dan air selama sekurang-kurangnya 20 saat. Walau bagaimanapun, apabila ketiadaan akses terhadap air, cara pembasmian kuman yang efektif adalah dengan menggunakan hand sanitizer. Ini dinamakan proses sanitasi.

Penting ke kita faham ? Ya, sangat-sangat penting sebab dengan pengetahuan inilah kita akan memilih produk yang tepat untuk mendapatkan cucian yang mendalam.

Proses disinfeksi ataupun nyahkuman pula adalah proses pembasmian kuman pada permukaan selain kulit. Disinfeksi seringkali menggunakan bahan larut air (formula berasaskan air), dan bukan berasaskan alcohol. Proses disinfeksi dilaksanakan pada permukaan yang keras dan tidak telap air. Ia perlu dilaksanakan SELEPAS permukaan tersebut dicuci dengan sabun atau pencuci, dan juga setelah dibilas dengan bersih.

Cucian
Definisi cucian ialah proses membersihkan secara fizikal dan mekanikal ke atas sesuatu permukaan. Ini termasuklah permukaan kulit seperti tangan, badan dan muka, pakaian, alat-alatan dan persekitaran seperti lantai, tombol pintu, suiz lampu dan sebagainya.

Nyahkuman
Nyahkuman adalah proses menyeluruh kepada pecahan sanitasi dan disinfeksi. Nyahkuman bermaksud membunuh kuman. Ia hanyalah sebagai satu kata kerja manakala sanitasi dan disinfeksi adalah suatu proses. Jelas ya.

Sanitasi
Sanitasi merupakan proses menyahkuman, tetapi lebih terjurus dan fokus kepada pembersihan diri seperti permukaan kulit dan badan. Proses ini seringkali merujuk kepada proses menyahkuman di tangan dengan menggunakan hand sanitizer tanpa perlu membilas.

Perbezaan antara Sanitasi dan Disinfeksi

Mencuci – Menyingkirkan kuman, kotoran, dan habuk dari permukaan dan objek. Gerak kerja mencuci adalah dengan menggunakan sabun dan air bagi menyingkirkan kuman secara fizikal dari atas permukaan. Proses mencuci tidak semestinya dapat membunuh kuman, tetapi dengan menyingkirkan mereka, ia dapat mengurangkan kuantiti kuman dan mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Sanitasi – Mengurangkan kuantiti kuman di atas permukaan kulit dan objek kepada tahap selamat sepertimana yang ditetapkan oleh garis panduan dan piawaian kesihatan awam. Gerak kerja sanitasi adalah cara mencuci atau menyahkuman permukaan dan objek untuk mengurangkan risiko penularan jangkitan.

Disinfeksi – Membunuh kuman di permukaan dan objek. Gerak kerja disinfeksi adalah dengan menggunakan bahan kimia yang khusus untuk membunuh kuman-kuman yang tertentu. Proses disinfeksi tidak semestinya perlu mencuci, tetapi jika dilakukan selepas proses mencuci, ianya jauh lebih berkesan untuk mengurankan risiko penularan jangkitan.

Bagaimana Produk Sanitasi dan Disinfeksi Membasmi Kuman?
OK, kat sini agak teknikal sikit tapi KL tetap nak share juga fakta ni. Kesemua bahan aktif yang digunakan di dalam produk sanitasi kulit dan produk disinfeksi bertindak membasmi kuman dengan cara merosakkan struktur kuman tersebut. Ianya akan melekat pada membrane luaran kuman dan bakteria lalu melarutkannya, memecahkan rantaian protein yang terkandung di dalam virus, dan memusnahkan spora pada kulat. Ada sesetengah bahan aktif yang turut bertindak balas dengan cara menyah-aktif enzim di dalam bakteria serta mengubah struktur asal dinding sel bakteria tersebut. Kesemua mekanisma ini akan mengakibatkan kuman tersebut musnah atau tidak lagi aktif, seterusnya tidak akan menyebabkan jangkitan.

Walau bagaimanapun, bahan aktif yang digunakan ini tidak dapat membasmi kuman jika ianya tidak digunakan dengan cara yang betul. Contohnya, kesan nyahkuman oleh alkohol akan bertindak dalam masa 30 saat atau lebih. Jika kita hanya menggunakan sedikit sahaja hand sanitizer beralkohol, ianya akan meruap dengan hanya beberapa saat sahaja tanpa sempat kita gosokkan ke serata tangan. Menurut WHO, jumlah hand sanitizer yang perlu digunakan adalah ‘a palmful’, iaitu sebanyak tapak tangan agar mencukupi untuk gosokan keseluruh permukaan tangan dalam masa 30 saat!

Begitu juga dengan formulasi disinfektan, ada sesetengah bahan aktif perlu sekurang-kurangnya 5 hingga 10 minit untuk ianya bertindak membunuh kuman dengan efektif. Jika permukaan objek tersebut dilap dengan disinfektan, ianya perlu kekal basah dengan bahan disinfektan selama jangka masa itu. Oleh yang demikian, cara penggunaan produk yang betul adalah amat penting, bukan cuma kandungan bahan aktif disinfektan tersebut. Jadi, amat penting bagi pengguna membaca label produk dengan teliti agar tidak berlaku kesilapan.

Selain itu juga, produk disinfektan selalunya akan diuji keberkesanannya melalui ujian makmal. Terdapat beberapa ujian dengan piawai yang tertentu, bergantung kepada kesan apa yang hendak diuji, jenis produk apa yang diuji, kuman apa yang ingin diuji dan permukaan apa yang ingin diuji. Antara ujian piawaian tersebut adalah sumber

EN 1040 – menguji kesan produk terhadap bakteria gram positif dan gram negative, produk perlu berupaya membunuh 99.999% bakteria (Log 5 reduction)
EN 1275 – menguji keberkesanan produk terhadap fungus (yeast)
EN 14347 – menguji keberkesanan produk terhadap kulat spora (sporicidal)
EN 14885 – ujian untuk produk disinfektan dan antiseptic untuk kegunaan perubatan, veterinary, makanan, industri, kediaman dan institusi.
EN 14476 – menguji keberkesanan produk terhadap virus untuk kegunaan dalam hand sanitizer, disinfektan atau antiseptic. Ianya menguji beberapa jenis virus termasuklah Poliovirus, Adenovirus, Norovirus. Produk perlu berupaya membunuh 99.99% daripada virus yang diuji (Log 4 reduction), dengan jumlah masa yang pendek.

Perbezaan antara Sanitasi dan Disinfeksi

Sanitasi –

1.Jenis Permukaan – Kulit dan anggota badan
2.Bahan yang digunakan – Alkohol, antiseptik
3.Regulasi – Di bawah pemantauan regulasi kosmetik KKM atau regulasi ubat jika menggunakan bahan aktif dengan skop perubatan
4.Pendaftaran Produk – Perlu berdaftar dengan kod NOT atau MAL
5.Contoh bahan aktif- Ethanol, Isopropyl Alcohol, Chlorhexidine, peroxides.
6.Kawalan Bahan Aktif – Mempunyai had dos yang selamat untuk kulit. Walaupun bahan yang sama turut digunakan dalam produk disinfeksi, namun dos untuk produk sanitasi kulit selalunya lebih rendah supaya selamat digunakan.

7.Tekstur Produk- Cecair, gel atau krim yang sedia diguna (ready-to-use)
8.Durasi ‘contact time’ (jumlah masa yang diperlukan untuk produk berfungsi sepenuhnya) – Jangkaan durasi 15 saat hingga 1 minit, bergantung kepada formulasi. Produk disapu atau disembur pada kulit, perlu digosok meliputi keseluruhan permukaan kulit dan dibiarkan tanpa membilas.


Disinfeksi –

1.Jenis Permukaan – Permukaan keras yang tidak telap air, boleh juga digunakan untuk permukaan telap air seperti baju, dengan proses tertentu seperti rendaman.
2.Bahan yang digunakan – Cecair nyahkuman berasaskan air, bahan kimia aktif yang khas
3.Regulasi – Tiada pemantauan atau di bawah mana-mana regulasi.
4.Pendaftaran Produk – Tidak perlu berdaftar
5.Contoh bahan aktif- Peroxides, Quartenary Ammonium, Hypochorite, Acids, Chlorine, Phenols
6.Kawalan Bahan Aktif – Dos yang digunakan tidak mengambil kira kesan terhadap kulit. Selalunya peratusan bahan aktif lebih tinggi, untuk membolehkan proses menyahkuman secara lengkap dan menyeluruh.
7.Tekstur Produk- Cecair sedia guna atau cecair berkonsentrasi pekat (concentrated) yang perlu dilarutkan dengan air sebelum digunakan.
8.Durasi ‘contact time’ (jumlah masa yang diperlukan untuk produk berfungsi sepenuhnya) – 30 saat sehingga 10minit. Produk perlu disembur, lap atau mop pada permukaan, dan dibiarkan basah dengan bahan disinfektan sehingga ianya kering dengan sendiri. Jika permukaan dilap kering sebelum tempoh masanya, produk tidak cukup masa untuk membasmi kuman, menjadikannya tidak efektif.

Anda seorang kontraktor kebersihan ingin membeli chemicals dan pencuci tetapi nak survey harga dulu ? boleh tiada masalah.






Barang2 adalah ready stock anda bank in duit tempoh tidak kurang 3 hari bekerja siap kami hntr.
kami juga ada gudang chemicals.

untuk dapatkan sebut hrga boleh direct call : 072556755
Atau email ke : [email protected] untuk dapatkan sebut harga untuk digunakan dipremis anda atau tempat service anda









arArabic