BAGAIMANA BUAT PRODUK JENAMA SENDIRI DENGAN MODAL RENDAH?

0 Comments

Anda ingin tahu tentang cara menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal rendah?

 

Sekiranya anda bercadang untuk buat produk sendiri, inilah artikel yang anda patut baca sampai habis.

 

Teruskan membaca.

 

Apa Itu Produk Jenama Sendiri?

Produk jenama sendiri adalah produk yang dihasilkan daripada kilang OEM (Original Equipment Manufacturer) dengan kandungan yang tertentu mengikut kehendak pelanggan (founder produk). 

Ia kemudian dipasarkan dengan jenama milik pelanggan tersebut.

Mereka yang ingin menghasilkan produk sendiri hanya perlu menyediakan modal permulaan dan memilih jenis-jenis produk yang dihasilkan oleh kilang produk jenama sendiri (produk kecantikan, kosmetik, supplemen dan sebagainya).

Pihak kilang akan mengeluarkan produk berdasarkan kuantiti order minima (minimum order quantity) yang dimahukan oleh pelanggan. 

Pelanggan (founder produk) kemudian akan memasarkan produk kepada pelanggan mereka menerusi ejen jualan atau secara langsung.

Ini merupakan kaedah yang diminati ramai kerana anda tidak perlu memiliki kilang sendiri untuk menghasilkan produk; anda cuma perlu menyediakan modal sahaja untuk buat produk.

Produk Jenama Sendiri

Modal Untuk Buat Produk Jenama Sendiri

Modal permulaan adalah bergantung kepada jenis produk yang anda ingin pasarkan.

Bagi yang baru bermula, modal adalah rendah dan kuantiti order minima juga sedikit.

Tujuannya supaya anda boleh ‘test market’ terlebih dahulu sebelum anda order dalam kuantiti yang besar.

Bagi kebanyakan produk, modal yang anda perlu hanya dari RM3,000 ke RM5,000. Ini merupakan jumlah modal yang mampu disediakan oleh founder produk.

Ini akan menjimatkan duit anda banyak kerana anda tidak perlu risau cara untuk penghasilan dan pembungkusan produk.

Tugas anda cuma memasarkan produk sahaja.

Namun, bagi produk supplemen dan produk kecantikan, anda perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak berwajib seperti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Ini kerana terdapat beberapa peraturan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi seperti dakwaan produk yang boleh mengubati penyakit tertentu. 

Ia perlu mendapatkan kelulusan secara bertulis daripada KKM sebelum boleh dipasarkan.

 

Tips Untuk Menjadi Founder Produk Yang Berjaya

Produk Jenama Sendiri

Terdapat beberapa tips yang dapat membantu anda memilih untuk berjaya dengan menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal yang rendah.

 

 

1. Mempunyai Strategi Pemasaran Yang Berkesan

 

Sebelum anda memilih produk anda, adalah lebih elok untuk merancang cara bagaimana cara untuk memasarkan produk anda. 

Ini kerana setiap produk mempunyai pelanggan sasaran yang berbeza. Contohnya, jika anda memilih untuk menjual produk kecantikan, sudah tentu ia akan ditujukan kepada perempuan.

Oleh itu, anda perlu memikirkan cara terbaik untuk menyasarkan produk anda kepada kepada bakal pelanggan anda. 

Secara amnya, kebanyakan founder produk akan memilih medium pemasaran online kerana ianya murah dan mudah disasarkan kepada pelanggan.

 

 

2. Pastikan Produk Dihasilkan Daripada Kilang OEM Malaysia Yang Bertaraf GMP

 

Kilang OEM bermaksud “Original Equipment Manufacturer” di mana kilang itu menghasilkan produk untuk syarikat lain.

Kilang yang menghasilkan produk anda juga perlu bertaraf GMP iaitu “Good Manufacturing Practice”

Ini bermaksud kilang itu sangat konsisten dan menjaga kualiti, sesuai dengan kegunaan yang diingini mengikut spesifikasi produk tersebut. 

Dengan ini, anda tidak perlu risau tentang kualiti produk anda.

 

 

3. Mempunyai Strategi Pemasaran Online

 

Walaupun kita tidak boleh mengendahkan medium pemasaran tradisional, anda juga perlu menggunakan pemasaran online untuk memantapkan pemasaran produk anda.

Ini kerana berjuta-juta rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa di media sosial seperti Facebook dan Whatsapp. Jadi  gunakan peluang ini untuk memasarkan produk kepada mereka.

 

Di Mana Nak Buat Produk Jenama Sendiri?

Produk Jenama Sendiri

Terdapat banyak syarikat yang menawarkan peluang untuk mereka yang ingin menghasilkan produk sendiri dengan modal rendah. 

Bagi yang berminat untuk menghasilkan jenama sendiri dengan produk kesihatan dan kecantikan, Formulab Industry adalah pilihan yang tepat.

Anda juga tidak perlu keluarkan modal yang tinggi untuk buat produk dengan Formulab. 

Di antara produk yang anda boleh pilih adalah:

 

  • Supplemen & Nutrisi Tenaga
  • Kosmetik & Kecantikan
  • Formulasi & Jus Minuman
  • Farmaseutikal & Pil Kesihatan

 

Variasi produk ini sangat bagus jika anda bercadang untuk membina empayar bisnes sendiri dengan menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal rendah.

Kesimpulannya, menghasilkan produk jenama sendiri dengan modal rendah merupakan cara yang terbaik untuk memulakan perniagaan sendiri.

Impian anda memiliki produk sendiri bakal menjadi kenyataan sekiranya anda memilih kilang produk jenama sendiri yang bersesuaian dengan kehendak anda.

 

6 Sebab Kenapa Anda Perlu Memilih Formulab

 

Berikut adalah beberapa kelebihan memilih Formulab:

 

  • Kilang Bertaraf GMP
  • Pembangunan Formulasi
  • Reka Design Kotak
  • Rundingan Pemasaran
  • Kos Pembuatan Murah
  • Moq Yang Rendah
  • Pengurusan Pendaftaran KKM dan Halal diuruskan oleh Formulab

 

Faktor-faktor ini sangat bagus untuk anda jika mahu menghasilkan produk jenama sendiri.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi IKLEENS hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish (United States)