Dua kaedah sanitasi (Info lebih lanjut boleh click)

0 Comments

PASUKAN Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menggunakan dua jenis bancuhan ketika proses sanitasi dan nyah cemar Covid-19.

Komander HAZMAT Selangor, Penguasa Bomba Mohamad Nazri Ar Azmi berkata, terdapat dua jenis bancuhan iaitu sodium hipoklorit/natrium hipoklorit/cecair peluntur dan dettol antiseptik.

Menurutnya, peratusan bahan sodium hipoklorit dibenarkan adalah 0.5 peratus sahaja.

“Jika dapat bahan sodium hipoklorit lima peratus itu bancuhan mestilah menggunakan nisbah 1 liter bahan ratio dengan 10 liter air.

“Kaedah kedua pula menggunakan dettol antiseptik sukatannya sudah ada di belakang botol itu iaitu 1 penutup botol dettol boleh diisi 2.4 liter air,” katanya ketika ditemui pada demonstrasi membuat bancuhan bahan kimia digunakan dalam Ops Sanitasi di JPBM Selangor, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Mohamad Nazri berkata, dettol ini khusus untuk fabrik dan kulit dan untuk individu yang ingin membuat sanitasi di rumah lebih sesuai menggunakan dettol ini kerana selamat dan tidak berbahaya.

“Cecair peluntur ini bahaya kepada manusia kerana ia membebaskan radikal klorin.

“Peralatan perlindungan diri (PPE) perlu dipakai sebelum melakukan bancuhan bahan kimia itu, pasukan Hazmat akan mengenakan pakaian tyvek tahap C memakai dua lapisan sarung tangan, ‘goggle’, penutup hidung dan mulut,” katanya.

Beliau berkata, ketika proses nyah cemar pihaknya akan tumpu dua meter ke bawah di tempat yang selalu orang sentuh seperti meja, stereng kereta, komputer riba dan sebagainya.

“Jika di kawasan tertutup kita lebih menggunakan dettol tetapi jika di luar menggunakan bahan kimia peluntur.

“Selain semburan, pihaknya juga akan lap dengan tisu basah khusus pada tempat yang selalu disentuh orang ramai,” katanya.

Menurutnya, komputer riba pula tidak perlu disembur tetapi cukup sekadar mengelap.

“Selepas selesai proses nyah cemar, anggota Hazmat akan nyah cemar diri sendiri bermula tapak kaki, tapak tangan sebelum membuka PPE.

“Semua ini bagi memastikan petugas dan orang awam selamat dari terkena jangkitan Covid-19,” katanya.

Tambahnya, jika tiada dettol orang ramai juga boleh menggunakan cecair peluntur bleach atau klorox tetapi pastikan bahan itu mempunyai peratusan kepekatan lima peratus.

“Jadi bahan lima peratus itu akan dicairkan menggunakan kaedah 1 nisbah 10 menjadikan larutan terakhir hanya 0.5 peratus dan barulah boleh digunakan.

“Namun ia tidak boleh digunakan pada tubuh badan,” katanya.

https://youtu.be/krmRmd6N_N0

sumber : harian metro

IKLEENS COM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

en_USEnglish (United States)