ikleens

Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat. Boleh cuba

“Aduh, sinki tersumbat pula pagi-pagi buta ni… Dah siap-siap barang nak masak, takkan nak panggil tukang paip pulak. Apa nak buat ni?”

Jangan risau sangat kalau sinki tersumbat kerana ia adalah perkara biasa. Mungkin ada cebisan sisa makanan, minyak, lemak atau rambut yang tersangkut di dalamnya. Sebelum mendapatkan penyelesaian pakar, mungkin anda boleh lakukan beberapa perkara asas yang mudah.

CARA MUDAH ATASI MASALAH SINKI TERSUMBAT. MEMANG BERKESAN!
Kebanyakan masalah sinki tersumbat tidaklah serius dan ia boleh diselesaikan dengan cepat dengan menggunakan hanya bahan yang tersedia di rumah.

Ini antara caranya.

1. GARAM KASAR
Pertama sekali, mungkin ini adalah kaedah yang paling senang sebab kebanyakan rumah tentu ada garam. Seeloknya guna garam kasar supaya lebih berkesan.

Caranya mudah sangat. Taburkan garam kasar ke dalam saluran sinki yang tersumbat itu. Kemudian, curahkan air panas ke dalam saluran tersebut. Sisa kotoran akan terlarut dan sinki akan lancar semula dalam sekelip mata!

Ingat, guna air panas, bukannya air yang mendidih ya. Takut rosak pula saluran sinki nanti.


2. SABUN PENCUCI PINGGAN MANGKUK

Cara seterusnya adalah menggunakan sabun pencuci pinggan mangkuk. Macam kami membekal bahan pencuci boleh lihat di shop kami. Anda perlukan beberapa sudu sabun pencuci pinggan mangkuk ini bersama air panas yang agak banyak, iaitu sekitar 2 liter. Kalau nak senang, boleh panaskan air dengan menggunakan periuk.

Sinki dapur selalunya mudah terlekat dengan minyak dan gris akibat sisa makanan. Sabun pencuci ini boleh membantu melarutkan sisa-sisa minyak dan makanan ini.

<3. BAKING SODA & CUKA
Cara yang seterusnya adalah menggunakan baking soda dan cuka. Campurkan lebih kurang 1/3 cawan baking soda dengan 1/3 cawan cuka di dalam sebuah bekas. Sebaik saja campuran ini akan berbuih, cepat-cepat tuangkan ke dalam saluran sinki tersumbat tadi. Biarkan sekejap, sekitar 10 minit, untuk tindakbalas yang lebih menyeluruh. Kemudian, bilas dengan air panas macam cara di atas.

Seperti yang kita tahu, kedua-dua bahan ini memang sangat berguna bukan saja untuk memasak, tetapi juga untuk tujuan mencuci. Jadi, kalau belum ada 2 bahan ini, bolehlah beli dan simpan stok di rumah. Memang memudahkan!

sinki-tersumbat-1

4. GARAM & BAKING SODA
Formula seterusnya adalah menggunakan garam dan baking soda. Lebih kurang sama saja dengan cara di atas, iaitu ambil 1/4 cawan baking soda, 1/4 cawan garam dan tuangkan ke dalam lubang sinki tersumbat tadi.

Nak lagi berkesan, tambah 1/2 cawan cuka atau air lemon. Bau busuk pun hilang!

5. GUNA PAM ATAU PELOCOK
Salah satu cara paling klasik untuk membaiki sinki tersumbat adalah dengan menggunakan pam atau pelocok.

Tapi, nak pam pun ada caranya. Cara paling berkesan adalah dengan menekankan pelocok pada saluran tersumbat tadi di dalam sinki yang berisi air. Ini kerana terdapat tekanan daripada air yang membantu menarik cebisan-cebisan halus dalam saluran tersebut.

6. GUNA DAWAI / DRAIN SNAKE
Dulu-dulu orang guna penyangkut baju besi saja untuk korek dalam saluran sinki tersumbat. Kalau anda nak cuba cara yang lebih mudah, guna drain snake. Alatan ini kelihatan seperti tali yang diperbuat daripada logam atau plastik. Boleh beli di kedai DIY atau sesetengah kedai RM2, nak order dari Lazada pun ada.

Untuk menggunakannya, masukkan saja satu hujung ke dalam saluran sinki. Apabila ada rasa tersangkut, pusingkan beberapa kali supaya benda yang tersumbat dapat berkumpul. Kemudian, tarik perlahan-lahan. Lepas itu, bilaskan dengan air panas. Kalau masih tersumbat, boleh cuba lagi beberapa kali.

7. BUKA PERANGKAP
Salah satu tempat yang perlu diperiksa apabila sinki tersumbat adalah perangkap. Boleh tengok di bawah sinki, ada perangkap berbentuk S, P atau perangkap botol yang lebih mudah ditanggalkan. Sediakan sebuah baldi di bawah sinki terlebih dahulu sebelum anda membukanya.

Buka perangkap ini dan gunakan dawai besi untuk menolak keluar sebarang sisa yang tersangkut. Cuci perangkap ini menggunakan berus gigi terpakai. Kemudian, bilas dengan air seperti biasa.

Foto Kredit: lowes.com

CUCI SEBULAN SEKALI
Untuk mengelakkan masalah berulang, lakukanlah salah satu daripada cara di atas dengan kerap, sekurang-kurangnya sebulan sekali. Selain itu, elakkan membuang sisa minyak atau makanan ke dalam sinki kerana ia boleh terperangkap dan membuat sinki lebih mudah tersumbat.

Ayuh Lakukan Sanitasi & Disinfectant di Rumah!

Disinfeksi merupakan salah satu kaedah yang boleh mengawal dan mencegah penularan wabak COVID 19, dengan menggunakan teknik dan bancuhan yang betul.

Bancuhan disinfeksi adalah 1 bahagian cecair peluntur (mengandungi sekurang-kurangnya 5% kepekatan Sodium Hypochlorite) dan 9 bahagian air paip.

Lakukan disinfeksi di permukaan-permukaan yang kerap disentuh atau mudah tercemar. Setelah selesai, pastikan anda membuang bancuhan disinfeksi dan membilas peralatan dengan air bersih serta dikeringkan. Alat pelindung diri pakai buang seperti topeng muka dan apron perlulah dibuang.

PASTIKAN ANDA MEMAKAI ALAT PELINDUNG DIRI SEBELUM MELAKUKAN DISINFEKSI!

Teknik disinfeksi yang ditunjukkan boleh dilakukan sama ada di rumah mahupun di premis-premis. Boleh tonton video di bawah yang disediakan oleh Jabatan Kesihatan WP Putrajaya mengenai cara-cara melakukan proses disinfeksi di rumah.

HTTPS://YOUTU.BE/AGB5SRVREHW

Sumber: FB Pejabat Kesihatan WP Putrajaya

syarikat kami juga menyediakan prkhidmatan service in untuk tahu lebih lanjut sila call tertera dibawah terima kasih

Cecair Antiseptik (Dettol Brand)

Seperti yang kita tahu Brand Dettol sangat sangat lah top atau lebih popular berbanding jenama jenama yang lain.

Ciri-ciri Produk
Membunuh 45 jenis kuman yang menyebabkan penyakit.
Jadilah 100% yakin.

Pine 50ml 125ml 250ml 500ml 750ml 1L 4L

PENERANGAN PRODUK
Tidak lengkaplah kediaman anda tanpa sebotol Cecair Antiseptik Dettol. Produk Dettol yang serba boleh dan dipercayai ini memberi keluarga anda perlindungan menyeluruh terhadap kuman dan disyorkan oleh pakar-pakar perubatan sejak beberapa generasi.

Gunakan Cecair Antiseptik Disinfektan Dettol untuk membunuh kuman di kulit, membantu melindungi luka, parut dan gigitan serangga daripada jangkitan dan ia juga boleh digunakan sebagai disinfektan kediaman sebagai bahan cucian lantai atau baju.
Guna ikut panduan.

MAKLUMAT PENGGUNAAN
Perubatan dan Pertolongan Cemas:
– Luka, Lecet, gigitan, sengatan:
1 penutup penuh Dettol ke dalam air sebanyak 420ml. Tutupkan luka dengan pembalut kering atau kain. Dettol yang tidak dicampurkan dengan air boleh digunakan untuk sapuan serta-merta tetapi tidak untuk kulit sensitif dan yang dijangkiti ekzema

Pembersihan peribadi:
– Perbidanan:
1 penutup penuh Dettol dimasukkan ke dalam air 2.4 liter untuk antisepsis luaran
– Mandian:
1/2 atau 1 penutup Dettol ke dalam air mandian.

Kegunaan kediaman:
– Cucian baju:
3 penutup penuh Dettol ke dalam air 2.5 liter
– Lantai dan permukaan keras lain:
3 penutup penuh Dettol ke dalam air 2.5 liter.
– Tandas, sinki (bukan-akrilik), salur air, dll.:
Gunakan Dettol yang tidak dicampur.

MAKLUMAT KESELAMATAN
Elakkan dari mata
Jika bersentuhan dengan mata, bilas dengan air yang banyak
Jika tertelan / ditelan, dapatkan pertolongan perubatan dengan segera dan tunjukkan bekas atau label ini.
Gunakan hanya seperti yang diarahkan

Dua kaedah sanitasi (Info lebih lanjut boleh click)

PASUKAN Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor menggunakan dua jenis bancuhan ketika proses sanitasi dan nyah cemar Covid-19.

Komander HAZMAT Selangor, Penguasa Bomba Mohamad Nazri Ar Azmi berkata, terdapat dua jenis bancuhan iaitu sodium hipoklorit/natrium hipoklorit/cecair peluntur dan dettol antiseptik.

Menurutnya, peratusan bahan sodium hipoklorit dibenarkan adalah 0.5 peratus sahaja.

“Jika dapat bahan sodium hipoklorit lima peratus itu bancuhan mestilah menggunakan nisbah 1 liter bahan ratio dengan 10 liter air.

“Kaedah kedua pula menggunakan dettol antiseptik sukatannya sudah ada di belakang botol itu iaitu 1 penutup botol dettol boleh diisi 2.4 liter air,” katanya ketika ditemui pada demonstrasi membuat bancuhan bahan kimia digunakan dalam Ops Sanitasi di JPBM Selangor, Bukit Jelutong, Shah Alam.
Mohamad Nazri berkata, dettol ini khusus untuk fabrik dan kulit dan untuk individu yang ingin membuat sanitasi di rumah lebih sesuai menggunakan dettol ini kerana selamat dan tidak berbahaya.

“Cecair peluntur ini bahaya kepada manusia kerana ia membebaskan radikal klorin.

“Peralatan perlindungan diri (PPE) perlu dipakai sebelum melakukan bancuhan bahan kimia itu, pasukan Hazmat akan mengenakan pakaian tyvek tahap C memakai dua lapisan sarung tangan, ‘goggle’, penutup hidung dan mulut,” katanya.

Beliau berkata, ketika proses nyah cemar pihaknya akan tumpu dua meter ke bawah di tempat yang selalu orang sentuh seperti meja, stereng kereta, komputer riba dan sebagainya.

“Jika di kawasan tertutup kita lebih menggunakan dettol tetapi jika di luar menggunakan bahan kimia peluntur.

“Selain semburan, pihaknya juga akan lap dengan tisu basah khusus pada tempat yang selalu disentuh orang ramai,” katanya.

Menurutnya, komputer riba pula tidak perlu disembur tetapi cukup sekadar mengelap.

“Selepas selesai proses nyah cemar, anggota Hazmat akan nyah cemar diri sendiri bermula tapak kaki, tapak tangan sebelum membuka PPE.

“Semua ini bagi memastikan petugas dan orang awam selamat dari terkena jangkitan Covid-19,” katanya.

Tambahnya, jika tiada dettol orang ramai juga boleh menggunakan cecair peluntur bleach atau klorox tetapi pastikan bahan itu mempunyai peratusan kepekatan lima peratus.

“Jadi bahan lima peratus itu akan dicairkan menggunakan kaedah 1 nisbah 10 menjadikan larutan terakhir hanya 0.5 peratus dan barulah boleh digunakan.

“Namun ia tidak boleh digunakan pada tubuh badan,” katanya.

https://youtu.be/krmRmd6N_N0

sumber : harian metro

IKLEENS COM